'MFL, feeder club jadi tempat pemain pencen atau pembangunan?'


JORDAN Mintah (tengah) merupakan pemain TFC II yang pernah diserap ke skuad utama musim lalu. — Facebook TFC

SAINGAN Liga Premier 2022 menyaksikan hanya tujuh buah pasukan dan tiga 'feeder club' sahaja akan bersaing.

Tiga 'feeder club' berkenaan adalah Johor Darul Ta'zim (JDT), Terengganu FC (TFC) dan Selangor FC.

Perak FC juga mempunyai 'feeder club' sebelum ini, namun dibubarkan selepas pasukan tersebut tersingkir ke Liga Premier.

Walaupun Malaysian Football League (MFL) membenarkan setiap pasukan yang bermain di Liga Super untuk mempunyai 'feeder club' ​​​​, namun jika dilihat hanya kelab berstatus 'mewah' sahaja mampu berbuat demikian.

Peranan 'feeder club' turut dipertikai kerana gagal melahirkan ramai pemain muda berkualiti.

Berdasarkan perkongsian halaman Helang Merah - Hijau Kuning di Facebook, 'feeder club' sepatutnya menjadi batu loncatan untuk pemain muda menyerlah naik ke skuad utama.

"Ini dah jadi pusat pengumpulan pemain pencen yang tak survive di skuad utama untuk mendapat minit permainan.

"Apa peranan 'feeder club' ' atau pasukan pembangunan ini sebenarnya?

"MFL jangan duduk diam, kaji balik

"Buatlah syarat untuk 'feeder club' sekurang-kurangnya ada tiga hingga empat pemain bawah 23 Tahun (B-23) perlu ada dalam kesebelasan utama.

"Pemain import empat orang dah makan kuota.

"Dahlah boleh suka-suka hati tukar pemain tanpa ada limit," katanya.

Berbanding bergantung kepada 'feeder club', saingan Piala Belia dan Piala Presiden musim 2022 perlu dijadikan platform untuk mencari bakat-bakat muda yang berkualiti untuk diserapkan ke skuad utama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram