Nyawa yang lain tidak penting? TMJ bersuara isu 'hipokrit' solidariti Ukraine


  • Podium
  • Jumaat, 04 Mac 2022

TMJ menyifatkan organisasi bola sepak dan media Barat bersikap hipokrit. — The Star

KRISIS pencerobohan Rusia ke atas Ukraine menjadi perhatian dunia ketika ini.

Susulan kemelut itu, kira-kira 9,000 orang terkorban manakala sekurang-kurangnya satu juta penduduk terpaksa meninggalkan kediaman.

Malahan, rundingan damai antara kedua-dua negara masih lagi tidak menemui penyelesaian.

Tindakan Rusia itu menyebabkan banyak pihak menunjukkan solidariti terhadap Ukraine.

Salah satu pihak yang menunjukkan solidariti adalah Liga Jerman, Bundesliga.

Menerusi hantaran di Instagram, Bundesliga menyatakan tiada siapa patut mengalami perang.

"Kami di Bundesliga akan berdiri bersama Ukraine," kata hantaran berkenaan.

WhatsApp Image 2022-03-04 at 5.37.20 PM

Hantaran itu bagaimanapun mendapat kritikan pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Bagaimana dengan negara lain yang diceroboh sebelum ini dan baru-baru ini? Nyawa mereka tidak penting?

"Vietnam, Syria, Iraq, Libya, Yemen, Afghanistan dan Palestin. Majoriti negara ini diceroboh oleh kuasa Barat dan pembersihan etnik.

"Nyawa mereka tidak penting kerana kulit warna atau agama?

"Saya tahu apa yang berlaku di Ukraine adalah salah. Tetapi saya diberitahu tiada ruang untuk politik dalam sukan.

"Sedihnya, hari ini, media dan organisasi bola sepak Barat sangat hiprokrit," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram