MENJADI kelaziman untuk seorang Muslim menunaikan solat dengan menggunakan sejadah untuk memastikan ibadah dilakukan dengan selesa.
Namun begitu, bagaimana pula jika sejadah itu terbalik semasa solat sedang dilaksanakan?
Dalam perkongsian di Threads, seorang warganet iaitu adm_8055 berkongsi keterujaannya untuk menunaikan solat Subuh tetapi menyedari sejadah digunakannya dalam keadaan terbalik selepas selesai melaksanakannya.
BACA LAGI: KPDN sahkan tiada unsur penipuan selepas periksa lebih 2,000 pam RON95 di seluruh negara
BACA LAGI: [VIDEO] Macam ‘dirompak’, Sang Penyu berang mutu pengadilan jadi punca seri di Paroi
"Semangat bangun nak solat Subuh, lepas habis baru perasan sejadah terbalik," katanya seperti meragui sama ada solatnya terbatal akibat perkara tersebut.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian laman Threads waktusolatmy yang menjelaskan ia bukannya satu kesalahan jika solat dengan sejadah terbalik asalkan kiblatnya tepat.
"Sejadah terbalik tak mengapa, asalkan kiblatnya betul. Solat masih sah. Jangan dah habis solat Subuh baru perasan sebenarnya baru masuk waktu Isyak. Itu, kenalah pasang niat solat yang betul," ujarnya.
Dalam penjelasan yang lebih mendalam, solat menggunakan sejadah terbalik sama sekali tidak membatalkan kerana ia tidak masuk dalam syarat untuk melakukan ibadah tersebut.
Penjelasan oleh guru KAFA, Ustaz Mohad Noor Hafiz Halip menerusi video di YouTube mengatakan yang asalkan dada seseorang itu menghadap kiblat yang betul, solatnya adalah sah.
"Apabila kita solat dalam keadaan syarat-syarat sah solat dan rukun-rukunnya dijaga seperti dada menghadap ke arah kiblat, cuma sejadah kita saja terbalik, maka dalam kes ini solat kita sah.
"Hal ini kerana, sejadah ini bukan termasuk dalam syarat atau perkara wajib kita guna dalam solat.
"Sama ada kita nak pakai atau tak nak pakai sejadah, terbalik atau tak, dia tetap akan sah kecuali apabila badan kita yang tidak menghadap kiblat, maka solat kita tak sah," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram
