KPDN sahkan tiada unsur penipuan selepas periksa lebih 2,000 pam RON95 di seluruh negara


  • Massa
  • Selasa, 25 Nov 2025

Tiada penipuan pada pam RON95 selepas pemeriksaan dilakukan pihak KPDN.

TIADA sebarang unsur penipuan mengenai pengisian minyak RON95 selepas pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, pemeriksaan menyeluruh dibuat 2,282 pam RON95 di 584 stesen minyak mendapati tiada sebarang unsur penipuan walaupun mendapat aduan oleh orang awam.

Pemeriksaan itu dilakukan secara menyeluruh di semua negeri dan daerah bermula 3 hingga 9 November lalu.

BACA LAGI: 'IC merah tak dibenarkan isi RON95', pelaksanaan BUDI95 bukti hanya warganegara layak harga petrol bersubsidi

BACA LAGI: Petrol RON95 RM1.99 seliter bermula 30 September, unit beruniform, penerima STR nikmati lebih awal

"Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memastikan semua pam petrol telah melalui proses pengesahan dan bahawa sijil pengesahan tersebut masih sah," kata KPDN dalam kenyataan pada Selasa. 

"Kami juga mensasarkan untuk mengesan apa-apa unsur manipulasi atau ketidakpatuhan teknikal oleh pemilik stesen minyak," kata KPDN dalam kenyataan pada Selasa. 

Hasil daripada pemeriksaan dilakukan KPDN, mereka dapat mengesan berlaku kesilapan dilakukan oleh pemilik stesen minyak namun ia masih tidak melebihi batas yang dibenarkan undang-undang.

Namun begitu, tindakan tegas akan diambil sekiranya pelanggaran undang-undang dilakukan.

"Sepanjang operasi ini, tiada kesalahan melibatkan kuantiti petrol RON95 di bawah ralat maksimum yang dibenarkan dikesan.

"Kementerian komited untuk memastikan ketepatan ukuran petrol RON95 dan akan meneruskan pemeriksaan berkala.

"Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat ketidak patuhan atau manipulasi dikesan," ujar KPDN. 

Sebelum ini, terdapat aduan orang awam mengenai kualiti dan kuantit RON95 sudah menurun sejak program Budi95 dilaksanakan.

Jika didapati bersalah, si pelaku boleh didenda RM40,000, penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksen 16 Akta Timbang Sukat 1972. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

RON95, Budi95, Budi Madani, KPDN, minyak RON95