NASIB menyebelahi Terengganu FC (TFC) apabila berjaya mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Negeri Sembilan FC (NSFC) pada Sabtu.
Keputusan seri di tempat lawan itu menyaksikan TFC meraih gol minit akhir hasil jaringan Ubaidullah Shamsul yang menafikan jaringan separuh masa pertama Luqman Hakim Shamsudin.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah bagaimana TFC harus beraksi dengan 10 pemain hampir keseluruhan perlawanan selepas Kyaw Min Oo dibuang padang pada separuh masa pertama.
BACA LAGI: Kontrak hampir tamat, apa nasib Nurillo di TFC?
BACA LAGI: Krisis pertahanan tengah The Gunners, kehilangan Gabriel ujian besar Arsenal buru gelaran EPL
Pada mulanya, Min Oo diberikan kad kuning selepas menjatuhkan Luqman namun semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengubah keputusan tersebut.
Keputusan itu tidak disenangi oleh penyokong TFC yang menganggap pemain import tersebut tidak sepatutnya dibuang padang.
"Kad merah?," soal laman Bola Sepak Terengganu.
Ada juga penyokong yang berasakan TFC sering tidak bernasib baik dengan pemilihan pengadil apabila mereka sering dihujani dengan keputusan-keputusan negatif.
"TFC ni, memang pengadil semua mengecewakan, kalah nanti jurulatih jadi mangsa, sudah tengok VAR pun pengadil tak boleh nak tentukan siapa tarik siapa," kata Zawawi Hassan.
"Cuba tengok pengadil masa Malaysia lawan Nepal tempoh hari, kalau jatuh macam tu dia tak akan layan," ujar Khairul Nizam.
Keputusan 1-1 itu dilihat wajar untuk TFC yang jelas terdesak memerlukan mata untuk terus menghuni kelompok atasan Liga Super.
Ia juga memberikan nafas buat Badrul Afzan Razali yang berdepan potensi untuk disingkirkan susulan prestasi merudum skuad Pantai Timur itu pada musim ini,. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
