PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan yang dikemukakan Selangor FC berhubung hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka.
Dalam kenyataan dikeluarkan pada Rabu, hasil mesyuarat Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan denda dan hukuman beraksi di stadium kosong terhadap Selangor untuk dua aksi Piala FA seterusnya.
Selangor turut dikenakan denda RM100,000 oleh FAM.
BACA LAGI: Tak sambung kontrak di TFC, perancang Sabah-JDT-NSFC boleh jadi pengganti Nurillo
BACA LAGI: Kita tahu JDT kuat di tempat sendiri — Haziq Nadzli
"Rayuan Selangor FC terhadap hukuman yang dikenakan selepas didapati bersalah berhubung kes membabitkan kelakukan penyokong mereka dan kegagalan untuk mematuhi obligasi penganjuran pada perlawanan Suku Akhir 2 Piala FA 2025-2026, Selangor FC lawan Negeri Sembilan FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Rabu, 29 Oktober 2025, telah ditolak.
"Hukuman bermain tanpa penonton (beraksi di stadium kosong) untuk dua perlawanan seterusnya di gelanggang sendiri bagi pertandingan Piala FA, iaitu perlawanan Separuh Akhir 2 Piala FA 2025-2026, Selangor FC lawan Sabah FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Ahad, 30 November 2025 dan perlawanan pertama Selangor FC di gelanggang sendiri bagi pertandingan Piala FA pada musim berikutnya dikekalkan.
"Hukuman denda sebanyak RM100,000 yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM pada Jumaat, 14 November 2025 adalah kekal," kata FAM dalam kenyataan.
Sebelum ini, berlaku kekecohan semasa perlawanan antara Selangor dan Negeri Sembilan FC yang melihatkan suasana tegang di tempat duduk penyokong kedua-dua kelab.
Semasa kejadian, tiada laporan kecederaan serius dilaporkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram
