Kita tahu JDT kuat di tempat sendiri — Haziq Nadzli


  • Podium
  • Selasa, 25 Nov 2025

Haziq masih belum mengalah akan peluang Kuching City untuk ke perlawanan akhir Piala FA.

BERDEPAN misi sukar untuk cuba mara ke perlawanan akhir Piala FA, penjaga gol Kuching City FC, Haziq Nadzli memilih untuk tidak mengalah untuk mencipta sejarah berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Bermain di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri untuk separuh akhir kedua pada Ahad, Haziq tidak menganggap perlawanan itu sekadar untuk melengkapkan jadual.

Sebaliknya, bagi bekas pemain JDT itu, The Cats akan berjuang habis-habisan agar misi ke perlawanan akhir boleh terlaksana walaupun mereka kalah 1-2 pada aksi pertama.

BACA LAGI: Legenda Liverpool ‘standby’ kemudi The Reds jika Arne Slot dipecat

BACA LAGI: TFC sudah bayar tunggakan gaji sebelum FIFA jatuhkan hukuman

Kuching City tumpas 1-2 kepada JDT dalam aksi pertama separuh akhir Piala FA.

"Walaupun kalah di tempat sendiri, tapi saya tetap bangga dengan kawan-kawan sebab bagi fokus yang bagus. Kita berjuang sehabis baik hingga wisel penamat ditiupkan, tetapi rezeki tidak berpihak kepada Kuching City.

"Di Stadium Sultan Ibrahim untuk aksi kedua nanti, saya harap pasukan dapat berikan yang lebih baik pada hari perlawanan.

"Kita tahu JDT lebih kuat di tempat sendiri, tapi kami datang bukan sekadar melengkapkan perlawanan.

"Untuk penyokong, terima kasih banyak-banyak sebab sentiasa sokong kami tidak kira di mana kami bermain. Saya harap untuk aksi-aksi akan datang tetap kekal suasana seperti ini," kata Haziq kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Jika Kuching City berjaya mencipta kejutan, mereka akan mara ke perlawanan akhir pertama Piala FA dalam sejarah kelab.

Pemenang antara Kuching City dan JDT akan berdepan sama ada Selangor FC atau Sabah FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram