Tak sambung kontrak di TFC, perancang Sabah-JDT-NSFC boleh jadi pengganti Nurillo


  • Podium
  • Rabu, 26 Nov 2025

Nazmi (kiri) dan Wilkin antara calon berkualiti menggantikan Nurillo di TFC.

KELAB Pantai Timur, Terengganu FC (TFC) kini perlu mensiapkan hidup mereka tanpa pemain tengah Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov.

Hal ini kerana, pemain tengah itu akan meninggalkan kelab tersebut apabila kontraknya bersama Sang Penyu tamat pada 31 Disember kelak.

Oleh itu, TFC perlu mencari pengganti supaya mereka akan tampil garang kerana tidak mahu tempang akibat kehilangan pemain penting pada pertengahan musim.

BACA LAGI: Kita tahu JDT kuat di tempat sendiri — Haziq Nadzli

BACA LAGI: Legenda Liverpool ‘standby’ kemudi The Reds jika Arne Slot dipecat

Stuart Wilkin

Satu calon yang TFC boleh pertimbangkan adalah dengan mendapatkan pemain Sabah FC iaitu Stuart Wilkin.

Pemain tengah Harimau Malaya itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab-kelab lain namun dia masih setia bersama skuad Badak.

Stuart Wilkin antara pemain tengah terbaik Malaysia.

Dengan prestasi Sabah merudum musim ini, perpindahan ke TFC dilihat dapat membantu melonjakkan semula karier Wilkin sekali gus meneguhkan profilnya sebagai antara pemain tengah terbaik di Malaysia.

Dia juga dilihat akan menjadi pemain utama dalam skuad TFC dengan taktikal boleh dijana berdasarkan kemampuannya.

Nazmi Faiz

Jika bukan Wilkin, TFC boleh menfokuskan kepada pemain tengah Johor Darul Ta’zim iaitu Nazmi Faiz Mansor.

Pemain tengah yang juga beraksi untuk skuad kebangsaan itu boleh dijadikan pilihan sebagai jentera baharu di tengah kerana kemampuannya mencipta gerakan kreatif.

Nazmi ada kualiti tersendiri sebagai pemain tengah.

Dengan saingan sengit di JDT, Nazmi mungkin boleh jadikan TFC sebagai lokasi untuk meneruskan kariernya walaupun peranannya dalam skuad Harimau Selatan masih lagi besar.

Berkemungkinan, TFC hanya mampu dapatkan Nazmi tetapi sebagai pemain pinjaman sahaja.

Takumi Sasaki

Jika TFC mencari pemain import untuk menggantikan Nurillo, Takumi Sasaki adalah calon berkualiti untuk mengisi kekosongan tersebut.

Ketua pasukan Negeri Sembilan FC itu sudah dua musim menunjukkan kualitinya di bahagian tengah dan beberapa kali berjaya mengecewakan pihak lawan dengan persembahannya.

Berat untuk Negeri Sembilan melepaskan Sasaki.

Ia mungkin sedikit sukar untuk TFC mendapatkan Sasaki namun jika dengan tawaran bersesuaian, pemain itu sanggup menukar masak lemak cili padi dengan nasi dagang.

Persoalannya, pemain manakah yang menjadi sasaran TFC? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram