
SETIAP yang bernyawa di muka bumi ini pastinya akan kembali kepada Sang Pencipta.
Begitu juga dengan manusia walaupun masih berada di dalam kandungan ibunya.
Dalam Islam, kematian seseorang mahu pun janin tetap perlu diberi penghormatan dan diuruskan dengan baik.
BACA LAGI: Selain tambah pahala, sunat hukumnya bagi suami tunai solat 2 kali semata mahu jemaah dengan isteri
BACA LAGI: Emas ibu boleh difaraid sesama adik-beradik perempuan walaupun dibeli atas nama anak lelaki — Pakar
Menguruskan jenazah bayi juga perlu dilakukan dengan baerhati-hati. — Gambar hiasan/blog jeyhensem
Namun, terdapat perbezaan pengurusan jenazah bayi dan janin yang seharusnya diambil tahu terutama bagi golongan ibu bapa.
Memahami hukum memandikan dan menyolatkan jenazah bayi juga amat penting agar ia dilakukan dengan tepat.
Jenazah bayi di bawah usia empat bulan atau janin
Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, tidak wajib hukumnya memandikan bayi yang gugur tanpa zahir rupa bentuk manusia.
Mengikut pendapat Al-Syafieyyah, ia juga terpakai sekiranya tidak diketahui atau dipastikan hayatnya ketika meninggal dunia.
Imam al-Khatib al-Syarbini menyebut dalam kitab al-Iqna (Halaman 290):
"Janin yang gugur dalam keadaan tidak mengeluarkan suara yakni tidak diketahui tanda hidupnya dan tidak jelas rupa bentuknya (seperti manusia). Tidak boleh untuk disolatkan ke atasnya dan tidak wajib memandikannya. Sunat pula menutupinya dengan kain dan mengebumikannya".
Jenazah bayi empat bulan ke atas
Manakala, berdasarkan pendapat sama, sekiranya kandungan gugur pada usia empat bulan ke atas, maka wajib dimandikan sekalipun telah meninggal dunia apabila dilahirkan.
Seandainya zahir rupa bentuk manusia maka wajib dimandikan tanpa perlu solat ke atasnya.
Namun, seperti yang disebut oleh Syeikh Muhammad al-Zuhali dalam al-Muʿtamad (1/629-630), jika janin atau bayi yang gugur itu bergerak-gerak, atau menggigil dan menunjukkan tanda hidup, tetapi tidak mengeluarkan suara maka, diambil kira kemungkinan wujudnya kehidupan.
Justeru, ia perlu dimandikan, disolat dan dikebumikan atas dasar berhati-hati.
Bagaimanapun, pendapat Al-Hanafiyyah menyebut jika tidak sempurna rupa bentuknya bahkan hanya separuh, maka tidak perlu dimandikan seperti biasa, tetapi cukup dengan sekadar menjiruskan dengan air dan dibalut dengan kain serta diberikan nama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram