
SEORANG kanak-kanak dilaporkan hilang di sekitar kawasan Pantai Balok, Kuantan, Pahang pada Sabtu.
Menerusi video tular di media sosial, beberapa kenderaan pasukan keselamatan sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.
Berdasarkan maklumat dikongsikan orang awam, mangsa berusia tujuh tahun dipercayai sedang bermandi-manda di pantai sebelum dilaporkan hilang.
BACA LAGI: Lepas berpuluh nyawa terkorban, India-Pakistan setuju buat gencatan senjata
BACA LAGI: [VIDEO] Padah buang sampah dalam sungai di Plentong, kena kompaun MBJB RM1,000
Identitinya bagaimanapun belum dikenal pasti setakat lagi setakat ini.
Belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram