Anugerah WEF ASEAN 2025 angkat darjat pemimpin wanita pelbagai sektor


  • Massa
  • Sabtu, 10 Mei 2025

Anugerah WEF ASEAN 2025 yang juga menyokong dan membina bakat kreatif tempatan.

MAJLIS pelancaran rasmi Women Economic Forum (WEF) ASEAN 2025 berlangsung dengan meriah di KL Wellness City, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ia sekali gus menandakan permulaan kepada siri program berimpak tinggi menjelang program utama yang akan diadakan pada 19 hingga 21 Jun 2025 di Dewan Perdana, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Kuala Lumpur.

Majlis yang dinamakan Unveiling the Spirit of WEF ASEAN 2025 disempurnakan oleh Presiden WEF ASEAN 2025, Datin Dr Hajah Hartini Osman.

BACA LAGI: [VIDEO] Budak 7 tahun dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Balok

BACA LAGI: Lepas berpuluh nyawa terkorban, India-Pakistan setuju buat gencatan senjata

Program yang mengangkat dan memperkasakan wanita dalam serantau.

Hartini berkata, menegaskan visi forum itu untuk memperkasa wanita serantau dalam menerajui ekonomi rentas sempadan menerusi tema 'Women Leaders Beyond Borders: Shaping the Future of the ASEAN Sheconomy'.

"Antara sorotan utama hari ini adalah pengumuman 'Anugerah WEF' yang akan memberi penghormatan kepada pemimpin wanita cemerlang dalam bidang perniagaan, perusahaan sosial, kelestarian dan inovasi.

"Persembahan penuh warna-warni ini mencerminkan komitmen WEF dalam menyokong dan membina bakat kreatif tempatan, serta menyediakan platform berprestij untuk mereka mempersembahkan karya kepada khalayak serantau.

"WEF ASEAN 2025 terus berperanan sebagai wadah untuk menghubung, mengilham dan mengangkat pemimpin wanita merentas pelbagai sektor," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

Antara sorotan utama majlis pelancaran adalah pengenalan barisan barangan rasmi WEF ASEAN 2025 yang menampilkan pakaian dan aksesori edisi terhad berkonsepkan mesra alam.

Hartini Osman (kanan) memberi fokus utama dalam memperkasa kemampuan wanita dalam pelbagai bidang.

Barangan itu direka khusus bagi meraikan kekuatan wanita ASEAN.

Majlis turut mengumumkan senarai Anugerah Kepimpinan Wanita WEF yang akan diberikan kepada tokoh wanita cemerlang dalam pelbagai bidang.

Anugerah tersebut termasuklah Women of the Decade, Leader of the Decade, Legendary Women of the Decade dan pelbagai lagi.

Antara senarai penaja dan rakan strategik utama yang menyokong forum itu juga adalah MITI sebagai penyedia lokasi; penaja emas seperti Ceres Jewel, MSM Sugar dan Ogawa; CUCKOO, Kinohimitsu, Matis Paris, HWC Coffee dan pelbagai lagi.

Antara tetamu kenamaan yang hadir termasuklah Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Datuk Zainal Abidin Sakom; Pengarah Eksekutif KL Wellness City, Dato’ Sri Dr. Vincent Tiew serta penasihat WEF ASEAN 2025 lain.

WEF ASEAN 2025 juga bakal menjadi platform serantau yang mengangkat suara, pencapaian dan potensi wanita dalam landskap pembangunan mampan, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram