DALAM kehidupan seharian, sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab seseorang individu untuk memberikan nafkah terhadap diri dan keluarga.
Individu yang baharu bekerja sudah pasti agak runsing untuk mengurus kewangan peribadi dan mula memberi nafkah kepada diri sendiri dan juga keluarga ditambah pula dengan gaji yang tidak seberapa.
Setelah stabil, individu mungkin akan berkongsi rezeki kepada suadara lain, malah ada yang terlepas pandang mengenai perkara itu dengan melebihkan nafkah kepada orang yang bukan terdekat misalnya.
Nabi Muhammad SAW menekankan kepada orang Islam agar mengutamakan orang-orang yang terdekat sebelum memberikan bantuan kepada yang lain. — Agensi
Ada juga yang terpaksa bekerja keras semata-mata untuk memberikan nafkah wang kepada keluarga berbanding mengutamakan diri sendiri.
Sebagai mukmin yang baik, memahami tanggungjawab dalam memberi nafkah mengikut peringkat keutamaan dalam Islam adalah penting.
Memetik penulisan buku Ringkasan Shahih Muslim yang ditulis oleh Imam Al-Mundzir berkata, sesuatu nafkah itu mestilah dimulai dengan diri sendiri, keluarga dan seterusnya saudara terdekat.
Menerusi bab 19 dalam topik 'Mengenal permulaan nafkah kepada diri sendiri dan keluarga serta saudara terdekat' (باُب:فِْياِلْبتَِداِءبِالَّنْف ِسَوالأَْهِلَوِذيالَقَراَبة) menyebut hadis:
عَنْ جَابِرٍ رضي الله عنه قَالَ: إِنَّ رَجُلًا مِنْ بَنِي عُذْرَةَ أَوْصَى أَنْ يُعَتِقَ مَمْلُوكَهُ بَعْدَ مَوْتِهِ، فَأَتَى ذَلِكَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، فَسَأَلَهُ: "هَلْ عِندَكَ مِنْ مَالٍ سِوَى ذَلِكَ؟" قَالَ: "لَا"، فَقَالَ: "مَن يَشْتَرِي هَذَا الْمَمْلُوكَ؟" فَاشْتَرَاهُ نُعَيْمٌ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْأَدَوِيُّ بِمِئَةِ دِرْهَمٍ. فَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الثَّمَنَ فَأَعْطَاهُ إِيَّاهُ، ثُمَّ قَالَ: "ابدأْ فَأَنْفِقْ عَلَى نَفْسِكَ، ثُمَّ تَصَدَّقْ، فَإِنْ بَقِيَ شَيْءٌ فَلِأَهْلِكَ، فَإِنْ بَقِيَ شَيْءٌ فَلِقَرَابَتِكَ، فَإِنْ بَقِيَ شَيْءٌ فَلِقَرَابَتِكَ". وَأَشَارَ بِيَدِهِ: "إِلَى أَمَامِكَ، وَإِلَى يَمِينِكَ، وَإِلَى شِمَالِكَ".
Maksudnya: "Daripada Jabir RA ia berkata: Seseorang dari Bani Udzroh membebaskan budaknya dengan cara berwasiat bahawa budak itu bebas setelah kematiannya lalu hal ini sampai kepada Nabi.
"Lalu beliau bertanya: “Apakah engkau mempunyai harta selainnya?
"Orang itu menjawab: “Tidak”, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Siapa yang mahu membeli budak itu?
”Lalu Nu’aim bin Abdillah al-Adawi membelinya dengan harga seratus dirham dan kemudiannya Rasulullah SAW membawa wang itu dan memberikannya kepada orang dari Bani Udzroh tersebut.
"Kemudian beliau bersabda: “Mulailah memberi nafkah untuk dirimu setelah itu bersedekahlah, jika ada kelebihan maka itu untuk keluargamu dan jika masih ada kelebihan untuk saudara terdekatmu, maka begini dan begini.
"Nabi berisyarat dengan berkata "Di depanmu, di sebelah kananmu," memetik penulisan.
Kesimpulannya jika dilihat dari hadis itu, sangat jelas bahawa tanggungjawab memberi nafkah dan sedekah harus dimulakan dengan keperluan diri sendiri, kemudian diikuti dengan membantu keluarga dan seterusnya kepada saudara terdekat.
Nabi Muhammad SAW menekankan kepada orang Islam agar mengutamakan orang-orang yang terdekat sebelum memberikan bantuan kepada yang lain.
Hal ini kerana ia mencerminkan prinsip menjaga dan menyokong orang-orang terdekat terlebih dahulu dalam urusan kewangan dan sokongan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram