SEORANG kelindan lelaki yang terbabit dalam kemalangan lori jenis Toyota Hilux Single Cab dinaiki terbabas dan terjatuh ke Sungai di Batu 2 Jalan Apas, Tawau, Sabah dilaporkan meninggal dunia pada Ahad.
Difahamkan pemandu lori yang cedera ringan itu ditahan pihak polis kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, penumpang kenderaan berusia 31 tahun itu meninggal dunia di hospital selepas ditemui di lokasi kemalangan di Batu 2, Jalan Apas kira-kira 5.25 pagi Ahad.
BACA LAGI: Polis siasat kes buli tekap seterika libat pelajar UPNM
ACP Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati mereka datang ke daerah Tawau dari daerah Kudat utara untuk membekalkan ikan di pasar itu.
“Kami percaya pemandu memandu laju dan hilang kawalan ke atas kenderaannya sebelum terbabas dan merempuh pagar besi jambatan dan terjunam ke dalam sungai,” katanya.
Tambahnya, orang ramai juga turut membantu menyelamatkan kedua-dua mangsa manakala anggota bomba membantu menarik keluar dari pacuan empat roda tersebut.
Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tawau dengan ambulans namun penumpang berkenaan meninggal dunia semasa rawatan.
Terdahulu, media melaporkan seramai lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian diketuai PBK I KUP Zourgana Konin selepas menerima panggilan (MERS999) kira-kira pukul 5.29 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 6.04 pagi. ― The Star/MUGUNTAN VANAR
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram