SEORANG lelaki betindak mencuri semangkuk gula-gula di sebuah rumah pasangan secara terang-terangan pada siang hari untuk diberikan kepada gelandangan.
Video berdurasi 52 saat itu memaparkan lelaki berkenaan sebelum itu menyapa pasangan suami isteri di sebuah rumah sebelum bertindak melarikan mangkuk yang berisi pelbagai jenis manisan tersebut.
Lokasi tepat kejadian itu bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti secara terperinci, namun berdasarkan penelitian video, ia mungkin berlaku di Amerika Syarikat.
BACA LAGI: Imam masjid jatuh tercampak, tak perasan terlanggar bonggol tidak berwarna di Pulau Pinang
Kelihatan pada video, wanita berkenaan memberitahu kepada lelaki tersebut untuk mengambil hanya satu gula-gula sahaja, tetapi dia bertindak melarikan kesemuanya sekali.
Namun, selepas bertindak melarikan gula-gula itu, video berkenaan kemudian memaparkan lelaki tersebut memberikannya kepada seseorang yang dipercayai gelandangan.
Video yang dimuat naik di laman X itu mendapat perhatian warga maya apabila rata-rata mengecam tindakan lelaki berkenaan.
"Mencuri adalah sangat salah terutamanya apabila ia melibatkan sesuatu yang tidak sepatutnya untuk kanak-kanak," komen @SquidRon_.
"Mencuri sendiri bukanlah satu perbuatan yang baik walaupun dia cuba membantu gelandangan itu," komen @vacantandsad.
"Lelaki itu boleh sahaja minta gula-gula itu dengan cara baik dan berikan apa yang dia ada kepada gelandangan itu.. tidak perlu sampai mencuri," luah @Dasheme74.
"Curi gula kanak-kanak semata-mata untuk diberikan kepada gelandangan?," komen @jbfinvesting.
Walaupun insiden itu tidak dilaporkan secara rasmi, video itu dimuat naik dalam talian mungkin untuk meningkatkan kesedaran ramai.
Berdasarkan tradisi di beberapa negara sekitar Eropah dan Amerika Utara, pada malam Halloween, kanak-kanak akan lengkap berkostum dan pergi dari rumah ke rumah untuk meminta manisan dengan berkata "trick or treat."
Pemilik rumah biasanya memberikan gula-gula atau snek kepada mereka.
Tradisi ini bermula sebagai cara untuk merayakan dan mendapatkan makanan semasa musim luruh, dan ia berkembang menjadi satu acara yang sangat dinanti-nantikan terutamanya oleh kanak-kanak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram