[VIDEO] Murid sekolah pondok Baitul Arqom maut kena hempap tembok roboh dirempuh jentera bawa jengkaut


  • Benua
  • Isnin, 28 Okt 2024

Jentera bermuatan alat berat melanggar gerbang sekolah pondok di Polinggona. — Agensi

TRAGEDI meragut nyawa seorang kanak-kanak berumur lima tahun dalam satu kejadian di Kecamatan Polinggona, Kolaka, Sulawesi Tenggara, Indonesia pada Sabtu apabila sebuah jentera yang membawa peralatan berat melanggar gerbang pintu masuk sekolah pondok Baitul Arqom.

Difahamkan kanak-kanak itu dihempap runtuhan tembok gerbang terbabit manakala pemandu jentera melarikan diri kerana takut dimarahi orang ramai, menurut laporan media antarabangsa.

Penduduk Kelurahan Polinggona terkejut dengan insiden maut itu yang berlaku sekitar pukul 3.42 petang.

BACA LAGI: [VIDEO] Sambutan hari jadi bertukar tragedi, pelajar politeknik maut terjatuh tingkat 3 ketika kejar anjing di hotel

BACA LAGI: [VIDEO] Lagi kes mengamuk pecah cermin kereta, besar kemungkinan angkara masalah ‘sambung bayar’

photo_2024-10-28 11.52.58

Tragedi tersebut meragut nyawa seorang kanak-kanak berumur lima tahun.

Jentera berat tersebut membawa excavator (alat berat yang digunakan untuk menggali, memindahkan dan meratakan tanah) merosakkan gerbang Yayasan Pendidikan Islam Baitul Arqom (YAPIBA).

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Iman menyatakan dia ada terdengar hentakan bunyi yang kuat.

“Saya terdengar bunyi hentakan kuat.

"Apabila keluar rumah, saya melihat gerbang sekolah sudah hancur dan jentera masih ada di situ," katanya.

Namun malangnya, seorang kanak-kanak bernama Al Fatih Nabi yang berada berhampiran gerbang itu tertimpa runtuhan dan meninggal dunia.

Pemandu jentera, Ahmad, yang berusia 19 tahun itu dilaporkan melarikan diri kerana takut dimarahi orang ramai.

Ketua Seksyen Hubungan Masyarakat di Ibu Pejabat Polis Kolaka, IPTU Dwi Arif mengesahkan terdapat insiden kejadian di sekolah pondok itu.

“Benar, ada anak kecil yang tertimpa runtuhan gerbang dan polis kini berada di lokasi untuk melakukan siasatan,” katanya.

Pihak polis terus melakukan siasatan di tempat kejadian dan memeriksa pemandu jentera untuk menyelidik punca kemalangan terbabit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram