Hanya situasi tertentu dibolehkan 'buang hajat' menghadap arah kiblat, selebihnya dilarang


  • Mukmin
  • Rabu, 23 Okt 2024

Adalah diperbolehkan untuk membuang hajat menghadap atau membelakangi kiblat jika berada di bangunan tertutup. — Agensi

DALAM menjalani kehidupan seharian, adalah penting bagi kita untuk sentiasa menghormati nilai-nilai agama Islam dan menjaga kesucian tempat ibadah kita.

Salah satu contoh adab yang perlu diberikan perhatian juga adalah semasa membuang hajat (membuang air besar dan air kecil) terutamanya ketika menghadap kiblat.

Apakah pandangan Islam mengenai perkara itu, adakah dilarang atau dibolehkan dalam Islam?

BACA LAGI: [VIDEO] Tak berdosa jika kelahiran bayi tanpa disusuli akikah, ibu bapa kurang mampu boleh minta bantuan famili terdekat

BACA LAGI: [VIDEO] Perkongsian Nora Danish-Neelofa penting cari reda ALLAH dalam perkahwinan, pakar motivasi nasihat penting pilih pasangan bertanggungjawab bukan semata cinta

1-1002.jpg

Larangan agar tidak membuang hajat menghadap arah kiblat adalah untuk menghormati arah yang sangat dihormati dalam ibadah. — The Patriots

Memetik penulisan buku Ringkasan Shahih Muslim yang ditulis oleh Imam Al-Mundziri ada menyatakan tentang larangan menghadap kiblat ketika membuang hajat.

Menerusi bab 6 dalam topik Jangan Menghadap Arah Kiblat Ketika Buang Hajat atau Kencing (باب:َلَتْسَتْقبِلالِقْبَلَةبَِغائٍِطَوَلَبْوٍل ) menyebut hadis:

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "إِذَا أَتَيْتُمْ مَكانَ الْخَلَاءِ فَلَا تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ وَلَا تَسْتَدْبِرُوهَا، وَلَكِنِ اسْتَخْبِئُوا إِلَى الشَّمَالِ أَوْ الْمَشْرِقِ". قَالَ أَبُو أَيُّوبَ: "عَلَى أَيَّامِنا إِذَا قَدِمْنَا الشَّامَ وَجَدْنَا مَكَانَ الْخَلَاءِ مُبْنًى إِلَى الْقِبْلَةِ، فَكُنَّا نَجْتَنِبُ الْقِبْلَةَ وَنَسْتَغْفِرُ اللَّهَ".

"Dari Abu Ayyub bahwasanya Nabi Muhammad SAW bersabda: “Jika kamu mendatangi tempat buang hajat maka janganlah menghadap ke arah kiblat dan jangan pula membelakanginya tatkala kencing dan buang hajat akan tetapi menghadaplah ke arah timur dan barat.”

"Abu Ayyub berkata: “Saat mendatangi Syam, kami mendapati tempat buang hajat di bangun mengarah ke arah kiblat, lalu kami berusaha menjauhi mengarah kiblat dan kami mohon ampunan ALLAH," memetik penulisan tersebut pada halaman 108.

Walau bagaimanapun, karya penulisan oleh Imam Al-Mundziri itu turut menjelaskan adalah diperbolehkan untuk membuang hajat menghadap atau membelakangi kiblat jika berada di bangunan tertutup.

Berdasarkan kupasan bab 7 mengenai Keringanan Dalam Hal Mengikut Para Nabi (باب:الُّرْخَصُةفِْيَذلَِكبِالأَْبنَِيِة) menyatakan:

عَنْ وَاسِعِ بْنِ حَبَّانَ، قَالَ: "كُنتُ أُصَلِّي فِي الْمَسْجِدِ، وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ مُسْتَنِدٌ إِلَى الْكَعْبَةِ، فَلَمَّا انْصَرَفْتُ إِلَيْهِ مِنْ جَانِبِي، قَالَ: "إِنَّ النَّاسَ قَالُوا: إِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ الْخَلَاءَ فَلَا يَجْلِسْ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ وَلَا بَيْتَ الْمَقْدِسِ". قَالَ: "إِنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا".

"Daripada Waasi’ bin Habban berkata: “Aku pernah solat di Masjid dan Abdullah bin Umar menyandarkan punggungnya ke arah kiblat tatkala telah menyelesaikan solatku.

"Aku menuju ke arahnya dari sisiku lalu Abdullah bin Umar berkata: “Jika engkau buang hajat janganlah duduk menghadap ke arah kiblat atau baitul Maqdis.

“Abdullah melanjutkan: Sungguh saya pernah naik ke atas rumahku, dan aku melihat Rasulullah SAW duduk di atas dua batu bata menghadap ke arah kiblat untuk buang hajat," memetik kitab tersebut.

Dapat dirumuskan bahawa membuang hajat menghadap kiblat adalah praktik yang umumnya tidak digalakan dalam ajaran Islam namun bergantung mengkikut situasi tertentu yang diperbolehkan.

Hal ini untuk menghormati arah kiblat yang merupakan arah yang sangat dihormati dalam ibadah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram