[VIDEO] Utamakan keselamatan pejalan kaki, DBKL ingatkan orang ramai beza ‘zebra crossing’ kuning dan putih


  • Massa
  • Isnin, 21 Okt 2024

Rata-rata pemandu tidak memberhentikan kenderaan ketika melalui lintasan zebra. — Motorqar

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi perkongsian video terbaharu di laman Facebooknya memperingatkan pengguna jalan raya agar mengutamakan keselamatan pejalan kaki terutamanya apabila melintasi lintasan zebra.

Menerusi video tersebut, pasukan Jabatan Pengangkutan Bandar DBKL sedang menjalankan kegiatan mengecat lintasan pejalan kaki di kawasan bandar Kuala Lumpur.

Video perkongsian berdurasi 0.57 saat itu memperjelaskan fungsi lintasan zebra sebenarnya diwujudkan untuk memberikan laluan yang selamat kepada pejalan kaki menyeberang jalan.

BACA LAGI: [VIDEO] Cikgu sebak murid pakai kasut sekolah sumbat kertas terseret-seret, tak cakap banyak terus beli baharu

BACA LAGI: [VIDEO] Polis Batu Pahat cekup suspek patahkan 'wiper' belakang kereta, sembunyi senjata tajam

"Namun, pemandu kenderaan sering kali enggan berhenti bagi memberi laluan kepada pejalan kaki.

"Nasihat kami, supaya pengguna jalan raya tidak mengabaikan tanda lalu lintas demi keselamatan semua pihak.

"Ia sebagai langkah pencegahan awal sebelum perkara yang tidak diingini berlaku," katanya menerusi hantaran tersebut.

DBKL secara ringkasnya menjelaskan bahawa lintasan zebra berwarna kuning adalah jika pejalan kaki sampai terlebih dahulu, pemandu wajib berhenti dan tunggu.

"Sekiranya pemandu sampai terlebih dahulu, pejalan kaki wajib berhenti dan tunggu.

"Manakala untuk lintasan zebra berwarna putih adalah situasi buat pemandu untuk wajib berhentikan kenderaan jika terdapat pejalan kaki sedang melintas," kongsi DBKL. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram