[VIDEO] Polis Batu Pahat cekup suspek patahkan 'wiper' belakang kereta, sembunyi senjata tajam


  • Tular
  • Isnin, 21 Okt 2024

Kejadian itu berlaku di kawasan berhampiran Terminal Bas Batu Pahat, Johor sekitar jam 3.30 petang pada Ahad lalu. — Polis Daerah Batu Pahat

SEORANG lelaki yang bertindak mematahkan pengelap cermin belakang beberapa buah kereta yang dimuat naik di media sosial pada Ahad lalu berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek yang merupakan warga asing berusia 25 tahun itu ditahan anggota Unit Rondaan Bermotosikal.

“Hasil siasatan mendapati video tular yang menunjukkan seorang lelaki mematahkan pengelap cermin belakang kenderaan di kawasan berhampiran Terminal Bas Batu Pahat, Johor sekitar pukul 3.30 petang Ahad.

BACA LAGI: [VIDEO] Individu 'main redah' tunggang basikal masuk lorong kanan, dikecam tak ada adab guna bulatan jalan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tolong bertimbang rasa, jangan pentingkan diri parking di pintu utama masjid ketika solat Jumaat'

“Ketika pemeriksaan terhadap suspek selepas ditahan, polis menemui sebilah pisau lipat dalam beg galasnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Shahrulanuar menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan vandalisme dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya di tempat awam.

“Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana berada di Malaysia tanpa dokumen yang sah,” katanya.

Sebelum ini, tular video berdurasi 16 saat di TikTok memaparkan tindakan lelaki itu menimbulkan kebimbangan orang ramai dan menggesa pihak berkuasa untuk menangkap individu berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram