[VIDEO] Individu 'main redah' tunggang basikal masuk lorong kanan, dikecam tak ada adab guna bulatan jalan


  • Tular
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Tindakan lelaki tersebut mendapat kecaman warga maya dan rata-rata menyalahkan penunggang basikal berkenaan yang dianggap salah dalam undang-undang jalan raya.

TINDAKAN seorang lelaki menunggang basikal secara melulu di bulatan jalan mengundang bahaya apabila nyaris dilanggar kenderaan.

Menerusi rakaman dashcam itu memaparkan penunggang berkenaan secara laju memasuki lorong dan tidak memberikan laluan kepada kenderaan di lorong kanan bulatan.

Hal itu mencetuskan pertikaian antara penunggang basikal dan pemilik kenderaan yang kelihatan berdebat kerana tidak memberi laluan dan membawa kenderaan dalam keadaan laju, menerusi video berdurasi 57 saat itu.

BACA LAGI: 'Saya sudah tiada lagi anak lelaki,' bapa Khairil Anwar tak sangka kehilangan 2 anak dalam kemalangan

BACA LAGI: Adib pernah minta supaya tidak letak harapan tinggi padanya — Ibu

Tindakan lelaki tersebut mendapat kecaman warga maya dan rata-rata menyalahkan penunggang basikal berkenaan yang dianggap salah dalam undang-undang jalan raya.

Kejadian lokasi itu dipercayai berlaku di kawasan perumahan Damai 2, Kuala Lumpur yang di muat naik di laman X (Twitter) pada Jumaat.

Meninjau di ruangan komen, pemilik akaun @inderasakti_kl berpendapat bahawa mana-mana kenderaan yang sudah memasuki bulatan, mereka tidak boleh berhenti untuk memberi laluan pada kenderaan yang hendak masuk.

"Sesiapa dalam bulatan, itu jalan mereka. Basikal ini kena tunggu kereta tu clear dulu baru boleh masuk!" katanya.

"Langgar je. Bawa basikal serupa tiada undang-undang. Saya buat walker panda pun kayuh basikal kat tepi-tepi saja. Nak melintas ke apa, berhenti melintas macam orang nak melintas," @iampitaloka.

"Kalau nak berbasikal pergi la tempat yang sepatutnya bukan kat jalan utama.

"Pergi ke taman yang ada sedia tempat berbasikal. Dulu orang suruh berbasikal ke tempat kerja tak nak. Sekarang menyusahkan orang. Basikal mahal tapi otak tahap terencat akal," komen @Regular Guy. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram