Tiba-tiba terlelap siang hari petanda alami narkolepsi, boleh berlaku seawal usia 7 tahun


  • Sihat
  • Ahad, 06 Okt 2024

Kanak-kanak seawal usia tujuh tahun boleh mengalami narkolepsi dan mungkin terus mengantuk di dalam kelas. - Freepik

PERNAHKAH anda sering berasa keletihan dan terlelap di siang hari? Anda mungkin mengalami narkolepsi.

Narkolepsi sebenarnya adalah gangguan neurologi kronik yang mempengaruhi kemampuan otak untuk mengawal kitaran tidur dan bangun seseorang.

Meskipun tidur yang terganggu tidak selalu menunjukkan narkolepsi, kira-kira satu dalam setiap 2,000 orang di Amerika Syarikat mengalami keadaan tersebut dan masih ramai yang tidak menyedari atau belum didiagnosis.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemuda rakam sendiri aksi lompat stesen monorel Bukt Bintang masih bebas

BACA LAGI: Sabari sah dibunuh, suspek mengaku campak mangsa dalam Sungai Padang Terap

hangover-girl-sleeps-with-headache-unhappy-woman-feeling-headache-after-sudden-awakening-by-phone-call-alarm-early-morning-exhausted-young-female-suffering-from-insomnia-migraine-lying-bed-1

Mereka yang mengalami narkolepsi mungkin tetap berasa tidur tidak cukup di siang hari. — Agensi

Gejala utama narkolepsi termasuk tidur yang tidak teratur apabila pesakit sering terbangun pada waktu malam.

Mereka mungkin mengalami keadaan mengantuk berlebihan pada siang hari yang dikenali sebagai excessive daytime sleepiness (EDS) walaupun memiliki tidur yang cukup, mereka tetap berasa mengantuk.

Sesetengah pesakit boleh didiagnosis seawal usia tujuh tahun apabila mereka terus tertidur semasa kelas.

Dalam kes yang lebih serius, pesakit mungkin mengalami gangguan tidur yang tiba-tiba dan tidak dapat dikawal walaupun ketika melakukan aktiviti seperti memandu atau berbual.

Satu lagi gejala yang biasa berlaku adalah cataplexy iaitu kehilangan tonus otot secara tiba-tiba yang sering dicetuskan oleh emosi kuat seperti ketawa atau kemarahan.

Gejala itui boleh disalah anggap sebagai sawan tetapi sebenarnya berkaitan dengan rapid eye movement (REM) yang biasanya terjadi dalam keadaan tidur.

Pesakit dengan narkolepsi juga mungkin mengalami halusinasi yang jelas dan kelumpuhan tidur apabila mereka tidak dapat bergerak atau bercakap ketika sedang tidur atau bangun.

Kitaran tidur dan bangun merujuk kepada irama sirkadian yang mengawal waktu tubuh untuk tidur dan bangun dan pesakit narkolepsi sering memasuki fasa REM dengan cepat iaitu dalam masa 15 minit selepas tidur.

Perkara itu mengganggu proses normal tidur dan menyebabkan gejala yang dinyatakan.

Punca narkolepsi masih dalam kajian tetapi ia mungkin berkait dengan tahap hypocretin yang rendah iaitu bahan kimia dalam otak yang membantu mengawal tidur dan bangun.

Selain itu, faktor genetik, gangguan autoimun dan kecederaan otak juga boleh menyumbang kepada perkembangan penyakit.

Namun, diagnosis boleh dilakukan seawal usia tujuh tahun tetapi sering kali mengambil masa bertahun-tahun kerana ramai pesakit menganggap rasa mengantuk yang berlebihan sebagai sesuatu yang biasa. — The Star/DR Y.L.M.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram