Guna plat palsu buat aksi berbahaya, remaja 16 tahun antara 4 ditahan di Johor


  • 112
  • Isnin, 22 Jul 2024

22 pemilik motosikal telah dikenakan tindakan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengubahsuai enjin dan ekzos mereka. — The Star

POLIS menahan seorang remaja berusia 16 tahun dan tiga yang lain gara-gara melakukan aksi berbahaya menunggang motosikal di kawasan Jalan Skudai-Pantai Lido, Johor.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Polis (ACP), Raub Selamat berkata, penahanan itu dilakukan semasa operasi yang dilaksanakan, dikenali sebagai ‘Ops Samseng’ pada Ahad pukul 5 petang hingga 11 malam.

“Seramai 56 individu dan 51 buah motosikal telah diperiksa.

BACA LAGI: [VIDEO] Guru pusat jagaan di Kelana Jaya ditahan disyaki pukul, tendang kanak-kanak autisme

BACA LAGI: Disyaki ikuti ajaran sesat Millah Abraham, 3 sekeluarga ditahan di Seremban

"Manakala, seramai 22 pemilik motosikal telah dikenakan tindakan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengubahsuai enjin dan ekzos mereka.

“Kami juga telah mengeluarkan 78 saman bagi pelbagai kesalahan tidak mempunyai lesen dan mengubahsuai struktur kenderaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

merempit

Pihak polis mengeluarkan 78 saman bagi pelbagai kesalahan tidak mempunyai lesen dan mengubahsuai struktur kenderaan. — Gambar/ The Star

Mengenai penahanan itu, ACP Raub berkata, tiga lelaki berumur antara 24 dan 30 tahun ditahan semasa melakukan aksi berbahaya di jalan yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan lain.

“Seorang remaja berumur 16 tahun ditahan kerana menunggang motosikal menggunakan plat plasu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara berbahaya," katanya. — The Star/ REMAR NORDIN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram