Manchester City kena denda lebih RM7 juta kerana lambatkan perlawanan


  • Sukan
  • Khamis, 01 Ogos 2024

Liga Perdana mendenda Man City kerana melanggar peraturan dari 2022 hingga 2024  — Gambar/Agensi

LIGA Perdana mengesahkan Manchester City dikenakan denda kerana kesalahan melambatkan permulaan atau penyambungan semula perlawanan ketika sepak mula dan di separuh masa kedua.

Menurut laporan media antarabangsa pada Rabu, Manchester City akur terhadap hukuman terbabit yang berkaitan dengan pelanggaran Peraturan L33 Liga Perdana sepanjang dua musim lalu, seperti yang disahkan oleh liga.

Pelanggaran itu melibatkan beberapa perlawanan dalam musim 2022/2023 dan 2023/2024.

BACA LAGI: Rasa sakit tak halang Goh Jin Wei tampil semangat berlawan sebelum tumbang

BACA LAGI: 'Tangan saya kaku', Goh Jin Wei gembira atasi gementar raih kemenangan pertama

Peraturan tersebut bertujuan untuk memastikan bahawa jadual perlawanan dipatuhi mengikut standard profesional dan bagi memberikan kepastian kepada penyokong kelab serta pihak yang terlibat.

FILE PHOTO: Soccer Football - Premier League - Manchester City v West Ham United - Etihad Stadium, Manchester, Britain - May 19, 2024  Manchester City's Kevin De Bruyne celebrates with the trophy after winning the Premier League REUTERS/Molly Darlington/File Photo

Man City telah menerima denda kerana tidak berhati-hati

Selain itu, ia juga bagi memastikan siaran semua 380 perlawanan Liga di seluruh dunia disusun mengikut jadual.

Menurut kenyataan Liga Perdana, sebarang kelewatan tanpa sebab munasabah yang menyebabkan perubahan waktu sepak mula atau permulaan semula perlawanan akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen W (Tatatertib) Peraturan Liga Perdana.

Liga Perdana juga mendedahkan bahawa Manchester City telah bersetuju untuk membayar denda sebanyak £1.24 juta (RM7.28 juta) atas pelanggaran tersebut semasa kempen 2023/2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram