Pemangku Sultan Johor perkenan cuti hujung minggu ditukar Sabtu dan Ahad bermula Januari 2025, titah beri ruang pekerja Muslim tunai solat Jumaat


  • Primer
  • Isnin, 07 Okt 2024

Perkara itu mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. — Media sosial

BERMULA 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bagi memberi ruang kepada pekerja muslim menunaikan solat Jumaat.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah, perkara itu mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Selepas mendapat perkenan dan restu ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad.

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan beriadah, polis sahkan sekumpulan pekerja asing rupanya sedang bersihkan kolam hotel terbiar di Johor Bahru

BACA LAGI: Bukan sebab langgar lari, kakak arwah sahkan atlet Johor meninggal sebab kanser

“Saya juga menitahkan agar YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek.

“Saya berharap agar semua syarikat swasta, pihak kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat pada waktunya,” titah baginda dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, cuti hujung minggu negeri Johor pada 2014 ditukar kepada Jumaat dan Sabtu susulan titah Sultan Ibrahim yang menitahkan pertukaran cuti tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram