[VIDEO] Ustaz Syamsul Debat kongsi 5 amalan 'power' elak terkena pukau


  • Mukmin
  • Jumaat, 27 Sep 2024

Ilmu pukau sering diamalkan untuk tujuan mencuri, menyihir, memikat dan sebagainya. — Gambar hiasan/mStar

FENOMENA pukau dalam kalangan masyarakat kini masih wujud dan ramai lagi yang mengamalkan ilmu itu kerana dikatakan dapat memanipulasi atau mengawal minda seseorang.

Mereka yang mengamalkan ilmu itu dengan niat yang pelbagai, termasuk untuk tujuan yang tidak baik seperti mencuri, menyihir, memikat dan sebagainya.

Kewujudan ilmu misteri itu membuka ruang perbincangan umum apabila satu video parodi pukau tular di media sosial dan warganet mula membahas mengenai apakah amalan serta ilmu pendinding Islam yang dapat diamalkan supaya dapat mengelak dari menjadi mangsa pukau.

BACA LAGI: Tak ada niat tapi buat gimik bercerai demi 'marketing' tetap berdosa, tegas pakar agama

BACA LAGI: [VIDEO] Tak sah solat baca al-Fatihah sekadar angin atau dalam hati, cuma jangan sampai ganggu makmum sebelah

@fhairulfizzy13 Awas kes pukau di mana2@VEMPIRE_MALAYSIA @VNG DISTRO @AKSO MALAYSIA #vempirearmy #calliburn #calliburnkoko #leadingtheevolution #aksosupanova12kpuff #aksosupanova ♬ original sound - Fhairul Fizzy

Hal itu demikian kerana pengamal ilmu hitam sering dikaitkan ilmu yang bersekongkol dengan jin, iblis dan syaitan.

Memetik satu hantaran di laman Facebook, Pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat mengulas tentang amalan doa dan ayat pendinding diri dari sihir dan gangguan syaitan.

"Pendinding diri adalah amalan untuk melindungi diri dan keluarga dari gangguan sihir, syaitan, jin dan kejahatan dengan menggunakan doa dan ayat-ayat al-Quran dari surah tertentu yang terbukti berkesan.

"Amalan pendinding diri bukan hanya dipraktikkan oleh individu tetapi juga oleh pengamal perubatan Islam untuk menghalau jin dan merawat pesakit yang terkena sihir, santau dan gangguan syaitan," kongsinya.

Berikut adalah lima amalan yang dikongsikan oleh beliau dan sebaiknya diamalkan selepas solat lima waktu dan dibaca selalu:

1. Surah al-Fatihah

2. Ayat Kursi

3. Amalan tiga Qul (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, Surah An-Nas)

4. Doa Nabi Yunus AS:

لا إِلٰه إِلا أنت سُبحانك إِنِي كُنتُ مِن الظالِمِين

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. (Surah Al-Anbiya’: 87)

Syamsul Debat turut berkongsi hadis yang menyokong terhadap keberkesanan amalan itu yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam al-Jami’:

Daripada Sa’ad bin Abi Waqas RA bahawa Nabi SAW bersabda:

دعوةُ ذِي النُونِ إِذ دعا وهُو فِي بطنِ الحُوتِ: لا إِله إِلا أنت سُبحانك إِنِي كُنتُ مِن الظالِمِين, فإِنهُ لم يدعُ بِها رجُل مُسلِم فِي شيءٍ قطُ إِلا استجاب اللهُ لهُ

Maksudnya: “Doa Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan ALLAH SWT akan memustajabkan baginya”. (Hadith Riwayat al-Tirmizi (3505), Syeikh Syuaib al-Arna’outh berpendapat sanad hadith ini sebagai hasan)

5. Doa Nabi Ibrahim AS:

Doa Nabi Ibrahim AS yang difirmankan di dalam al-Quran iaitu:

حسبُنا اللهُ ونِعم الوكِيلُ

Maksudnya: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung“. (Surah Ali-Imran: 173)

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan agar masyarakat boleh mengamalkan amalan tersebut dan perlu diingatkan bahawa hanya kepada ALLAH tempat berserah dan memohon perlindungan.

Dalam pada itu, antara doa yang dapat diamalkan bagi mengelak ilmu hitam itu adalah dengan sentiasa membaca ayat al-Quran dan menjaga solat, katanya.

Antara doa dan ayat-ayat al-Quran untuk melindungi diri dari kejahatan sihir, gangguan jin dan syaitan adalah seperti yang dikongsikan olehnya:

1. Doa pendinding sihir

- Surah an-Nisa’ ayat 84

- Surah Yusuf ayat 64

2. Doa penunduk Sihir

- Surah al-A’raf ayat 118-122

- Surah Toha ayat 69

3. Doa pembatal sihir, pagar diri dari orang jahat dan sebagainya.

- Surah Yunus ayat 81-82

Memetik perkongsian dari laman Facebook, Brunei fm ada menjelaskan beberapa tip kepada orang ramai bagi mengelakkan berlakunya mangsa pukau antaranya;

1. Memperbanyakan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

2. Menjauhi perbualan dengan individu yang mencurigakan, termasuklah penjual yang datang ke rumah.

3. Hindari merenung mata orang yang tidak dikenali dan mencurigakan.

4. Elakkan berjalan sendirian di tempat sunyi atau di kawasan awam kerana kejadian pukau boleh berlaku di mana-mana tanpa mengira jantina atau lokasi.

Terdapat juga doa dan ayat pendinding yang boleh diamalkan antaranya:

1. Membaca doa:

“Dengan nama ALLAH, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah ALLAH yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

2. Ayatul Kursi

3. Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas

4. Berniat mohon ALLAH menghindari pukau/sihir ketika membaca doa/ayat.

5. Surah Hud ayat 56 setiap kali selepas solat

إِنِي توكلتُ على اللهِ ربِي وربِكُم ما مِن دابةٍ إِلا هُو آخِذ بِناصِيتِها إِن ربِي علىٰ صِراطٍ مُستقِيم. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram