KUALA Lumpur, sama seperti bandar-bandar moden lain turut menghadapi masalah kesesakan lalu lintas dan cabaran dalam menyediakan sambungan yang efisien untuk penumpang.
Walaupun sistem pengangkutan awam seperti MRT, LRT, Monorail, KTM Komuter dan bas meliputi banyak kawasan di bandar dan pinggir bandar, namun sambungan dari stesen ke destinasi akhir masih menjadi masalah.