SURAH al-Fatihah merupakan bacaan utama dalam solat yang sangat penting dan merupakan syarat sah solat.
Namun, satu aspek yang sering terlepas pandang oleh ramai muslim adalah keperluan untuk melafazkan al-Fatihah dengan jelas dan dapat didengar oleh diri sendiri ketika solat.
Hal itu penting untuk memastikan solat seseorang individu sah dan diterima.
BACA LAGI: [VIDEO] Kiamat makin dekat, Daryl Goch lokasi sebenar munculnya Yakjuj Makjuj?
BACA LAGI: [VIDEO] Elak buat konten libat kanak-kanak demi jaga privasi, jauhi fitnah — Pakar agama
@cintaislamselalu._ #ustazazharidrus #cintaislamselalu ♬ Bertahan Terluka - Fabio Asher
Adakah bacaan al-Fatihah dalam solat perlu dibaca dengan jelas atau sekadar boleh didengar sahaja?
Dalam kupasan ini akan membahaskan mengapa lafaz yang jelas dan mesti didengar itu sangat penting serta bagaimana cara untuk memastikan bacaan al-Fatihah memenuhi syarat yang ditetapkan dalam solat.
Menerusi perkongsian video ceramah Ustaz Azhar Idrus berkenaan topik 'Tidak dengar bacaan al-Fatihah dalam Solat' menjelaskan dalam menunaikan solat, terdapat rukun qauli yang wajib dilaksanakan iaitu rukun yang memerlukan bacaan secara lafaz dengan suara.
Hal itu bermakna, terdapat beberapa rukun qauli dalam solat yang mesti disebut dengan jelas, menurutnya.
"Antara rukun qauli dalam solat ialah takbiratul ihram (takbir permulaan solat), bacaan al-Fatihah, tasyahhud akhir dengan selawat serta memberi salam.
"Kesemua rukun ini mesti dibaca dengan suara walaupun dalam kadar yang perlahan asalkan boleh didengar oleh telinga sendiri.
"Misalnya, bacaan al-Fatihah harus didengar oleh diri sendiri walaupun tidak perlu dibaca dengan kuat,” katanya.
Menjelas lanjut, Ustaz Azhar Idrus menegaskan sekiranya bacaan tersebut tidak berbunyi, ia tidak memenuhi syarat rukun qauli.
"Sebagai contoh, jika bacaan takbir hanya berupa angin dan tidak bersuara atau jika bacaan bismillah tidak keluar suara, maka ia tidak sah.
"Pastikan bacaan dilakukan dengan betul dan suara dikeluarkan sekurang-kurangnya pada tahap yang boleh didengar oleh diri sendiri.
"Jika kita tidak belajar dengan betul, kita mungkin tidak memahami sepenuhnya.
"Kita harus memastikan agar memahami ajaran agama dan melaksanakan ibadah dengan betul,” katanya.
Sekiranya bacaan al-Fatihah tidak berbunyi, ia tidak memenuhi syarat rukun qauli. — Iluminasi
Dalam pada itu, memetik penulisan zulkiflialbakri oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerangkan solat seseorang tidak sah jika bacaan al-Fatihah hanya dibaca dalam hati.
Menurutnya, bacaan al-Fatihah perlu dibaca dengan jelas menggunakan lidah sehingga boleh didengar oleh diri sendiri tetapi tidak perlu sehingga mengganggu makmum di sebelah.
"Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa makmum disunatkan untuk memperlahankan suara semasa solat, sama ada solat sendirian atau berjemaah.
"Bacaan perlu dibaca cukup kuat sehingga boleh didengar oleh diri sendiri jika pendengaran kita baik dan tiada halangan.
"Ini termasuk bacaan al-Fatihah, surah, tasbih, tasyahhud, salam, doa, dan lain-lain, baik yang wajib mahupun sunat.
"Kesemua bacaan ini tidak dianggap sah jika kita tidak mendengar sendiri apa yang dibaca," katanya.
Terdapat hadis yang diriwayatkan menurut Imam al Syafi'e:
ولا يُجزِئُ الرجُل أن يحرِم لِلصلاة بِقلبِهِ, ولا يقرأ بِقلبِهِ حتى يُحرِك لِسانهُ
Maksudnya: Tidak sah bagi seorang lelaki mengangkat takbiratul ihram untuk solat melalui hatinya, dan tidak sah pula dia membaca (al-fatihah) melalui hatinya sehinggalah dia menggerakkan lidahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram