'Nak gurau ke berhibur berpada-pada', Firdaus Wong pesan jaga adab ziarah kubur


  • Mukmin
  • Jumaat, 19 Apr 2024

Adab menziarah kubur perlu lebih diterapkan kepada seluruh umat Islam. — Gambar hiasan/The Star

MENJADI amalan wajib bagi seluruh umat Islam untuk menziarahi kubur ahli keluarga yang sudah meninggal dunia terutamanya ketika menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Namun, ada sesetengah individu dilihat seolah-olah tidak mempraktikkan adab ketika berada di tanah perkuburan.

BACA LAGI: JKM siasat kes budak perempuan kena pukul anak jiran sampai terlantar di HKL — Nancy Shukri

438993557_940429720823346_7057589138652010655_n

Antara komen yang dikongsikan Firdaus.

BACA LAGI: 'Kesian kaki ketuk batu bata, kemaluan dicucuk jari', jiran bantu tuntut bela kanak-kanak perempuan kena pukul budak sekolah

Ia selepas pendakwah bebas, Firdaus Wong memberi respons kepada beberapa komen warga maya berhubung situasi mereka menziarahi kubur ahli keluarga.

"Baru ni kami pergi kubur arwah ayah, lepas itu adik beritahu, 'sekarang mak dah kahwin baharu', aku suruh dia diam jangan beritahu.

"Aku petang raya pergi kubur, aku cakap 'abah, bagilah duit raya, tahun ini orang pergi pantai. Anak-anak buah dengan cucu-cucu dah bertambah, tak cukup duitnya," antara komen yang dikongsikan.

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebooknya, Firdaus menasihati orang ramai agar tidak menjadikan ia satu gurauan.

Menurutnya, menziarah kubur bertujuan untuk memunasabah dan menginsafi diri, bukannya menjadikan kubur tempat berlawak jenaka.

"Menziarah kubur ingat kepada kematian agar kita bermuhasabah dan menginsafi diri kita. Islam membenarkan gurauan tetapi jangan menjadikan semua perkara itu gurauan. Nak bergurau atau berhibur pun berpada-pada," tulisnya.

Firdaus juga menasihati kepada seluruh umat Islam untuk tidak menyebarkan perkara-perkara yang akan memburukkan nama baik agama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram