Elak hulur tangan sembarangan, ketahui dengan siapa kita boleh salam raya


  • Mukmin
  • Jumaat, 12 Apr 2024

Umat Islam akan memulakan pagi Aidilfitri dengan melakukan salam serta bermaafan di pagi raya sebagai tanda mohon keampunan sesama manusia.

BERSALAM-SALAMAN sesama ahli keluarga dan sanak saudara pastinya sudah menjadi satu tradisi yang kebiasaan dilakukan oleh masyarakat Melayu menjelang hari perayaan Aidilfitri.

Tidak hanya itu, bersalaman juga dikira sebagai adab orang Melayu yang bertujuan menyantuni orang yang lebih tua.

Meskipun bersalaman merupakan amalan mulia yang penuh kesopanan, umat Islam perlulah menitikberatkan dari segi hukum hakam bagi mengetahui batasan yang diperbolehkan menurut Islam.

Perkara ini tidak boleh diambil remeh bagi mengelak berlaku persentuhan dengan yang bukan mahram terutama ketika musim raya yang mana semua sanak saudara berkumpul.

Ada dalam kalangan saudara-mara yang bukan mahram dengan makna lain, mereka halal untuk dikahwini, ada batas aurat dan batal air sembahyang jika bersentuhan.

BACA LAGI: Jangan tak tahu duit raya hak anak, kalau ibu bapa guna wajib kena ganti

salam-hari-raya-fb-2

Bersalam-salaman sudah menjadi tradisi yang diamalkan menjelang hari perayaan. — Gambar hiasan

Menurut Mazhab Al-Imam As-Syafie, berikut senarai ringkas individu yang boleh disalam bagi lelaki:

A) LELAKI

Isteri

Ibu/Bapa

Datuk/Nenek

Moyang lelaki/perempuan

Adik-beradik kandung

Ibu/Bapa mentua

Datuk/Nenek sebelah isteri

Bapa saudara sebelah isteri

Suami kepada ibu saudara belah isteri

Abang dan adik (lelaki) ipar *keluarga sendiri/isteri*

Suami kepada kakak/adik(perempuan) ipar *keluarga sendiri/isteri*

Anak saudara ipar (lelaki) *keluarga isteri*

Suami kepada anak saudara ipar (perempuan) *keluarga sendiri/isteri*

Ibu/Bapa tiri

Ibu/Bapa saudara sebelah ibu/bapa

Suami kepada ibu saudara sebelah ibu/bapa

Sepupu lelaki

Datuk/nenek saudara

Suami kepada nenek saudara

Suami kepada kakak dan adik perempuan sendiri

Anak saudara lelaki/perempuan

Suami kepada anak saudara perempuan

Cucu saudara

Sepupu lelaki sebelah ibu/bapa

Suami kepada sepupu perempuan sebelah bapa

Dua pupu lelaki sebelah ibu/bapa

Anak tiri

Ibu susuan

Saudara susuan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jaga sensitiviti, adab ziarah kubur', berbaju raya tema Barbie permain syariat diajar nabi

African businessman shaking hands with muslim woman in hijab after successful deal. Red electric car charging on background. Concept of people, selling and purchase.

Seorang wanita perlulah meneliti golongan yang diperbolehkan untuk bersalaman. — Gambar hiasan

Menurut Mazhab Al-Imam As-Syafie, berikut senarai ringkas individu yang boleh disalam bagi perempuan:

B) PEREMPUAN

Suami

Ibu/Bapa

Datuk/Nenek

Moyang lelaki/perempuan

Adik-beradik kandung

Ibu/Bapa mentua

Datuk/Nenek sebelah suami

Bapa saudara sebelah suami

Isteri kepada bapa saudara belah suami

Kakak dan adik (perempuan) ipar *keluarga sendiri/suami*

Isteri kepada kakak/adik (lelaki) ipar *keluarga sendiri/suami*

Anak saudara ipar (perempuan) *keluarga suami*

Isteri kepada anak saudara ipar (lelaki) *keluarga sendiri/suami*

Ibu/Bapa tiri

Ibu/Bapa saudara sebelah ibu/bapa

Isteri kepada bapa saudara sebelah ibu/bapa

Sepupu perempuan

Datuk/Nenek saudara

Isteri kepada datuk saudara

Isteri kepada abang dan adik lelaki sendiri

Anak saudara lelaki/perempuan

Isteri kepada anak saudara lelaki

Cucu saudara

Sepupu perempuan sebelah ibu/bapa

Isteri kepada sepupu lelaki sebelah bapa

Dua pupu perempuan sebelah ibu/bapa

Anak tiri

Ibu susuan

Saudara susuan

Hukum bersalaman dengan sanak saudara berdasarkan Irsyad Al Fatwa Mufti:

Individu yang diharamkan untuk seseorang berkahwin dengannya sama ada disebabkan hubungan rahim atau kerabat.

Sesuatu yang diharamkan oleh ALLAH SWT

Dalam kitab Al-Feqh al-Manhaji (2/21) ada disebutkan berkenaan dengan sebab-sebab pengharaman yang kekal iaitu tiga perkara berikut:

Kerabat (hubungan kekeluargaan)

Musaharah (perkahwinan)

Susuan

BACA LAGI: Balik kampung beraya, ketahui formula solat qasar dan jamak musafir

35415646_1734098093326654_5634259612107538432_n

Menjadi tradisi masyarakat Melayu untuk bersalam-salaman ketika Aidilfitri. — Gambar hiasan

Berdasarkan noktah di atas, beberapa mahram bagi seorang lelaki yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :

Mahram dari sudut kerabat

Musaharah

Susuan

1. Mahram Dari Sudut Kerabat

Ibu kandung

Nenek (ibu kepada ibu)

Nenek (ibu kepada bapa)

Anak perempuan

Cucu perempuan (dari anak lelaki)

Cucu perempuan (dari anak perempuan)

Adik beradik perempuan seibu sebapa

Adik beradik perempuan seibu

Adik beradik perempuan sebapa

Anak perempuan kepada adik beradik lelaki kandung (seibu sebapa)

Anak perempuan kepada adik beradik lelaki dari sebelah ayah atau ibu

Iaitu anak-anak saudara perempuan @ anak perempuan kepada adik beradik lelaki atau perempuan kita

2. Mahram Dari Sudut Musaharah

Isteri kepada bapa (ibu tiri), sama seperti isteri kepada datuk dari sebelah bapa atau ibu

Isteri kepada anak lelaki (menantu perempuan). Begitu juga isteri kepada cucu lelaki dan ke bawah

Ibu kepada isteri (ibu mentua)

Ini berdasarkan firman ALLAH SWT

وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ

Maksudnya : Dan ibu kepada isteri-isteri kamu. Anak perempuan kepada isteri (anak tiri bagi isteri yang telah disetubuhi).

3. Mahram Disebabkan Susuan

Ibu susuan

Adik beradik perempuan susuan

Anak perempuan kepada adik beradik lelaki sesusuan

Anak perempuan kepada adik beradik perempuan sesusuan

Anak susuan perempuan

Adik beradik susuan perempuan kepada ibu atau ayah iaitu ibu-ibu saudara susuan

Kesemuanya ini adalah berdasarkan firman ALLAH SWT:

وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ

Maksudnya : Dan ibu-ibu susuan kamu serta adik-beradik perempuan susuan kamu — (Surah Al-Nisa’ (23))

Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R. Anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ

Maksudnya : Diharamkan dari susuan apa yang diharamkan dari nasab [Riwayat Ibn Majah (1937)]

Manakala mahram bagi orang perempuan pula adalah seperti berikut :

Bapa kandung dan ke atas seperti datuk dan moyang

Anak lelaki dan ke bawah seperti cucu dan cicit

Adik beradik lelaki

Bapa saudara dari sebelah ibu dan ke atas seperti datuk saudara

Bapa saudara dari sebelah bapa dan ke atas seperti datuk saudara

Anak-anak saudara lelaki iaitu anak lelaki kepada adik beradik lelaki atau adik beradik perempuan dan ke bawah seperti cucu-cucu saudara lelaki

Bapa susuan

Adik beradik susuan yang lelaki

Bapa mentua

Menantu lelaki (suami kepada anak perempuan)

Implikasi mahram ini ada beberapa perkara iaitu:

Haram berkahwin dengannya

Boleh bersalaman dengannya

Boleh bersendirian bersamanya

Individu yang bukan mahram bagi seorang lelaki :

Isteri kepada bapa saudara

Sepupu perempuan

Kakak ipar (isteri kepada abang kandung)

Adik ipar (perempuan)

Anak angkat perempuan yang bukan anak susuan

Manakala bagi seorang perempuan pula, yang bukan mahram mereka adalah seperti berikut :

Suami kepada ibu saudara

Sepupu lelaki

Abang ipar (suami kepada kakak kandung)

Adik ipar (lelaki)

Anak angkat lelaki yang bukan anak susuan

Implikasi bagi ketiadaan mahram (bukan mahram) ini pula adalah seperti berikut:

Tidak boleh bersalaman dengannya

Boleh berkahwin dengannya

Tidak boleh berkhalwat dengannya

Manakala implikasi mahram dari sudut batasan aurat pula, dinyatakan bahawa pada asasnya, hukum menutup aurat adalah wajib sepertimana disepakati ulama’ berdasarkan firman ALLAH SWT:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka (adik beradik lelaki), atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."(Surah al-Nur (31)). Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram