Persembahan khas Krismas, Kate Middleton kongsi pentas berduet piano bersama puteri tunggal


  • Bonda
  • Sabtu, 27 Dis 2025

Kate Middleton berduet bermain piano dengan anak perempuannya, Puteri Charlotte.

SEMPENA krismas tahun ini, Puteri Wales, Catherine Middleton atau lebih mesra disapa Kate tampil membuat persembahan piano bersama anak perempuannya buat pertama kali dalam sebuah acara khas disiarkan di televisyen United Kingdom.

Rancangan Royal Carols: Together at Christmas itu menampilkan duet istimewa antara Puteri Kate dan Puteri Charlotte yang menyampaikan lagu Holm Sound hasil karya komposer Scotland, Erland Cooper.

Dalam persembahan berkenaan, Charlotte duduk di sisi ibunya di piano, dengan masing-masing memainkan melodi menggunakan sebelah tangan, sekali gus mencipta momen penuh simbolik khususnya bagi keluarga diraja.

BACA LAGI: 'Saya pastikan Qaseh bangga dengan babanya', isteri tak segan suami kerja sebagai pemungut sampah, penting rezeki halal

BACA LAGI: Bekas kadet juruterbang kongsi cara nak jadi 'pilot', subjek Bahasa Inggeris, Matematik SPM wajib dapat A

Persembahan piano itu turut disertai dengan suara latar daripada Kate yang menekankan makna kebersamaan sempena musim perayaan.

 

 

Dalam ucapannya, beliau menyifatkan upacara lagu Krismas itu sebagai peluang untuk masyarakat berkumpul secara kolektif, meraikan semangat komuniti dan khidmat masyarakat serta menghargai ikatan yang menyatukan semua pihak.

Kate dalam masa sama turut merakamkan penghargaan atas kesudian tetamu yang hadir sebelum mengakhiri ucapannya dengan ucapan Selamat Hari Krismas.

Terdahulu, Puteri Wales mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet apabila memuat naik klip pendek di Instagram.

Video tersebut memaparkan dirinya bermain piano sambil diiringi tangan kecil di sebelahnya yang tidak didedahkan identitinya.

 

 

Kate mula belajar bermain piano sejak kecil, namun penampilan pertamanya sebagai pemain piano hanya berlaku pada malam Krismas 2021 apabila beliau mengiringi penyanyi dan penulis lagu British, Tom Walker untuk lagu For Those Who Can't Be Here.

Beliau juga pernah membuat persembahan pada 2023 menerusi segmen pra-rakaman bagi pembukaan Pertandingan Lagu Eurovision.

Minat terhadap muzik ternyata diwarisi oleh anak perempuannya, Puteri Charlotte.

Pada 2021, Kate sebelum ini pernah mendedahkan bahawa cahaya matanya itu telah menduduki kelas piano ketika berbual dengan pemain piano tersohor antarabangsa, Lang Lang.

Menurut Lang, Kate berkongsi mengenai kemahiran piano Charlotte dan memberi galakan kepada anaknya dengan mengatakan bahawa latihan yang konsisten mampu membawa seseorang ke tahap yang lebih tinggi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram