Segan tetamu datang nampak dapur, langsir 'lace' penyelamat, pilihan praktikal, naik seri kediaman


  • Hias
  • Ahad, 21 Dis 2025

Langsir renda yang dijadikan sebagai pemisah antara ruang tamu dan dapur. — Threads

DALAM kediaman moden hari ini, susun atur ruang terbuka semakin menjadi pilihan kerana mendapatkan sudut lebih luas dan dan aliran pergerakan yang selesa.

Pun begitu, rekaan ruang tamu yang bersambung terus dengan dapur sering menimbulkan isu privasi, terutama apabila menerima kunjungan tetamu.

Bagi mengatasi perkara ini, ramai pemilik rumah mula mencari solusi ringkas, pada masa sama mampu mencantikkan ruang.

BACA LAGI: Angkat tekstil warisan, Aina Abdul peraga Kain Benang Johor konsep 'longgar itu indah'

BACA LAGI: 'Perfect dan profesional', wedding planner Erra Fazira dipuji pandai kawal situasi, jelas beri arahan

Antaranya adalah penggunaan kain langsir renda (lace) sebagai pemisah antara ruang tamu dan dapur.

Tanpa menggunakan pintu atau tembok kekal, langsir juga berfungsi menutup pandangan serta menaikkan seri ruang kediaman.

Berdasarkan perkongsian pemilik akaun Threads @itsmezatty_zz, ia turut memberi keseimbangan ideal kerana masih membenarkan angin dan cahaya masuk ke dalam rumah.

Kesan pencahayaan yang terhasil pula tampak lembut dan menenangkan sekali gus menjadikan ruang lebih selesa serta tidak terlalu kedap.

Pandangan sama turut disokong pengguna akaun @dhyea_hana yang memuji pilihan tersebut sebagai dekorasi ringkas dan estetik.

Katanya, rekaan lace yang minimalis secara tidak langsung menjadikan ruang tidak kelihatan serabut dan sesuai untuk konsep kediaman moden. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram