PENYANYI Aina Abdul meluahkan keterujaannya apabila berpeluang menyarungkan persalinan eksklusif, Kain Benang Johor buat pertama kali ketika menghadiri jemputan khas sempena Majlis Pelancaran Tahun Melawat Johor 2026 pada 12 Disember lalu.
Menurut pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani, pengalaman mengenakan kain tenunan tradisional tersebut menyuntik perasaan istimewa apatah lagi apabila ia dihasilkan dengan penuh ketelitian.
Bersyukur diberi peluang sedemikian, Aina tampil memberi penghargaan kepada semua pihak termasuk penata riasnya sepanjang majlis berlangsung.
BACA LAGI: Majlis kahwin pengasas Chagee 'grand', siap hidang tetamu milk tea boleh pilih tahap gula sendiri
"Kalau tidak kerana Tourism Johor, mungking saya tak akan dapat merasa. Memang rasa premium.
"Terima kasih sudah menjemput saya ke majlis pelancaran tempoh hari termasuk pereka Zaimi Zulkafli kerana sudah menyiapkan persiapan saya," ucapnya.
Kata Zaimi, busana berkonsepkan 'longgar itu indah' tersebut direka khas menggunakan Kain Benang Johor sebagai material utama.
Busana dengan gabungan rona biru kehijauan dan merah jambu itu turut dihiasi motif lada hitam.
"Sebagai anak seni, memartabatkan dan memperkenalkan warisan adalah cara kita mengolah cediakawan untuk berfikir.
"Karya perlu ada adab dan harga diri. Benang Johor yang ditenun satu persatu, sembat halus tangan dijahit dan dihiasai motif lada hitam buat Aina Abdul.
"Terima kasih buat Tourism Johor dan Yayasan Warisan Johor atas kerjasama ini," katanya.
Sementara itu, gaya Aina turut dilengkapi dengan solekan lembut hasil sentuhan jurusolek, Bobo Cinta dan penata hijab daripada Yaya Ibrahem. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
