Bukan sekadar mimpi buruk, anak kerap tantrum lepas bangun tidur sebab 'night terrors' — Pakar


  • Bonda
  • Sabtu, 20 Dis 2025

Ibu bapa disarankan untuk kekal bertenang ketika berdepan situasi tersebut. — Gambar hiasan/AI

RAMAI ibu bapa pernah berdepan situasi anak kecil tiba-tiba terjaga pada waktu malam dalam keadaan menangis, menjerit dan kelihatan sangat ketakutan, namun sukar ditenangkan.

Situasi itu sering menimbulkan kebimbangan, malah ada yang menyangka ia hanya berpunca daripada mimpi buruk atau trauma.

Menurut pakar pendidikan awal kanak-kanak, Aina Rosli, keadaan tersebut sebenarnya dikenali sebagai night terrors.

BACA LAGI: Angkat tekstil warisan, Aina Abdul peraga Kain Benang Johor konsep 'longgar itu indah'

BACA LAGI: Majlis kahwin pengasas Chagee 'grand', siap hidang tetamu milk tea boleh pilih tahap gula sendiri

 

 

 

 

"Ini berlaku kerana otak anak masih berkembang dan belajar kitaran tidur sebenar.

"Bila anak tidur, otak akan bergerak melalui beberapa fasa tidur. Kadang-kadang otak anak 'tersangkut' sekejap antara tidur nyenyak dan sekejap.

"Jadi, badan nampak macam terjaga, menangis, menjerit, mata buka, tetapi sebenarnya otak masih tidur," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa night terrors tidak sama dengan mimpi buruk (nightmares).

Katanya, keletihan melampau, jadual tidur tidak konsisten, rangsangan emosi atau fizikal yang terlalu tinggi pada waktu siang, serta fasa perkembangan tertentu sering dialami kanak-kanak kecil menjadi antara punca keadaan tersebut berlaku.

Dalam menghadapi situasi itu, ibu bapa disarankan untuk kekal tenang, sentiasa berada bersama anak bagi memastikan keselamatan, bercakap dengan nada perlahan dan mewujudkan persekitaran yang tenang.

Ibu bapa turut dinasihatkan agar tidak mengejutkan anak, sebaliknya membiarkan episod tersebut berlalu yang kebiasaannya mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit.

"Yang penting ia tak membahayakan anak dan kebanyakan kanak-kanak akan mengalami fasa ini bila sistem saraf mereka matang.

"Anak bukan mengada, ibu bapa bukan gagal. Otak anak cuma sedang belajar," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram