'Nak sukses dalam bisnes? Tengok siapa pasangan kita', ‘partnership’ boleh bina atau hancurkan legasi


  • Sukses
  • Selasa, 09 Dis 2025

Hubungan yang berlandaskan kerjasama memberikan kepuasan lebih mendalam dan membuka ruang membina legasi bersama. — Gambar hiasan

SEJAUH mana pasangan mempengaruhi kejayaan seseorang dalam kerjaya mahupun perniagaan?

Persoalan itu menjadi topik perbincangan di media sosial selepas satu hantaran di platform Threads mengemukakan pandangan bahawa kejayaan dalam bisnes boleh berkait rapat dengan pasangan yang dipilih.

“Unpopular opinion, nak sukses dalam bisnes? Tengok siapa pasangan kita,” kata pemilik akaun bernama encikkai.

BACA LAGI: Rancang aktiviti cuti sekolah lebih awal, ibu bapa digalakkan bincang dengan anak perkara disukai, elak tekanan

BACA LAGI: Rancang aktiviti cuti sekolah lebih awal, ibu bapa digalakkan bincang dengan anak perkara disukai, elak tekanan

 

 

Menariknya, ramai pengguna lain tampil menyatakan persetujuan bahawa pasangan hidup boleh menjadi faktor besar pada perkembangan peribadi dan profesional seseorang.

Antaranya, madamayuaziz berkongsi pengalaman peribadi, menyebut bahawa sokongan pasangan sangat membantu dalam usaha mencapai kejayaan.

“Setuju sebab saya pernah kahwin, cerai kahwin lain. Nak berjaya, perlukan pasangan yang melengkapkan, bukan bersaing dengan kita.

"Melainkan kalau nak bujang selamanya, itu cerita lain tapi secara logiknya, kalau berpasangan, ya,” tulisnya.

Pandangan sama turut dikongsi hafizidahlan dengan menekankan, pasangan yang membina sesuatu bersama mampu juga berkembang bersama-sama.

Pasangan tepat

Membina hubungan bukan sekadar soal mencari teman untuk berkongsi masa, hiburan atau keseronokan, sebaliknya memerlukan elemen lebih mendalam iaitu kerjasama bagi memastikan ia bertahan dan berkembang dalam jangka panjang.

Menurut pemerhatian daripada sudut psikologi, hubungan berteraskan kerjasama (partnership) dilihat memberi impak besar kepada pencapaian seseorang.

Tidak hanya terhad pada bisnes, tetapi ia turut mempengaruhi perkembangan peribadi, kestabilan emosi dan arah tujuan hidup.

Kerjasama turut dikaitkan dengan pembangunan keluarga yang kukuh. — Gambar hiasan

Dalam konteks itu, hubungan yang sekadar berlandaskan companionship (teman) mungkin membawa keseronokan, namun tidak semestinya mampu menyokong aspirasi jangka panjang.

Hubungan partnership pula melibatkan sokongan dua hala, perkongsian matlamat dan usaha untuk membina sesuatu bersama-sama ada kekayaan, keluarga, legasi ataupun visi masa depan.

Konsep itu diibaratkan seperti bentuk segi tiga yang stabil.

Kedua-dua individu berkembang secara peribadi namun kembali bertemu di puncak tujuan bersama, menjadikan hubungan lebih utuh dan saling menguatkan.

Asas keluarga kukuh

Kerjasama turut dikaitkan dengan pembangunan keluarga yang kukuh.

Apabila dua individu berkongsi visi sama, mereka bukan sahaja membina kehidupan bersama tetapi juga membentuk lingkungan perlindungan untuk anak-anak serta warisan masa depan.

Pakar menegaskan, hubungan yang berlandaskan kerjasama memberikan kepuasan lebih mendalam dan membuka ruang membina legasi bersama.

Ia bukan sekadar menjalani hari-hari dengan seseorang, tetapi membina asas hidup yang lebih bermakna.

Perbincangan itu membuka mata ramai bahawa kejayaan tidak hanya bergantung pada usaha individu, tetapi juga sistem sokongan di belakangnya termasuk pasangan hidup.

Pasangan yang memahami, menyokong cita-cita dan bergerak seiring dilihat mampu menjadi tonggak pada perjalanan kejayaan seseorang.

Sebaliknya, hubungan yang saling bersaing atau melemahkan boleh mengganggu fokus dan perkembangan diri. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram