IBU bapa diingatkan agar lebih berwaspada terhadap tahap kebersihan botol air yang digunakan anak-anak.
Menerusi satu video yang tular di akaun X (Twitter) HustleBitch pada Isnin, seorang bapa menemui kulat hitam tersembunyi di celahan penutup botol air milik anaknya, walaupun botol berkenaan kerap dicuci seperti biasa.
Tindakan merebus penutup botol akhirnya mendedahkan punca sebenar apabila getah penutup botol itu mulai longgar dan tompokan kulat hitam keluar dari celah bahagian yang tidak dapat dilihat mahupun dicapai dengan berus.
PARENTS ARE DISCOVERING HIDDEN BLACK MOLD INSIDE THEIR KIDS WATER BOTTLES - AND YOU’D NEVER KNOW IT WAS THERE
A warning for parents: A dad noticed his daughter’s Yeti water bottles never looked fully clean, even after washing them. When he boiled the lids - something most… pic.twitter.com/coswjQAojz
— HustleBitch (@HustleBitch_) December 7, 2025
Penemuan itu menimbulkan persoalan mengenai keselamatan penggunaan botol air kanak-kanak, lebih-lebih lagi kerana kebanyakan botol tidak direka untuk dibuka sepenuhnya, sekali gus menyukarkan proses pembersihan menyeluruh.
Situasi tersebut memberi gambaran bahawa ribuan keluarga mungkin tidak menyedari kewujudan pertumbuhan kulat atau bakteria dalam bahagian tersembunyi yang digunakan anak mereka setiap hari.
Dari luar, botol berkenaan kelihatan bersih dan normal, namun bahagian dalaman yang tersembunyi berpotensi menyimpan kotoran berbahaya jika tidak dibersihkan dengan betul.
Penemuan itu turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna mengenai standard keselamatan dan reka bentuk produk kanak-kanak.
Adakah wajar syarikat terus menjual botol air yang tidak boleh dibersihkan sepenuhnya, terutama jika risiko seperti itu tidak diketahui ramai?
Persoalan itu kini menjadi perhatian ibu bapa yang menuntut lebih ketelusan dalam reka bentuk dan keselamatan barangan harian anak-anak. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
