[VIDEO] Wanita sumbing bersuara lunak jalani pembedahan percuma, kini lebih yakin depan khalayak


  • Sukses
  • Ahad, 07 Dis 2025

Transformasi itu bukan sahaja mengubah penampilan luaran, malah turut meningkatkan keyakinan Rista untuk tampil di khalayak. — Agensi

SUSUK seorang wanita dari Indonesia, Rista Juniati menjadi bualan hangat pada penghujung tahun lalu selepas video dirinya menyanyikan lagu Mati-Matian nyanyian Mahalini menjadi perhatian ramai di media sosial.

Meski memiliki bibir sumbing, suara merdunya membuat ramai terpukau sehingga video tersebut dikongsi semula oleh pelbagai akaun.

Kisahnya turut menarik perhatian doktor bedah plastik dan pemuzik terkenal Indonesia yang dikenali sebagai Dr. Tompi.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Terlalu cepat nak berkawan', pakar dedah cara kenal pasti ‘frenemy’ dalam kalangan sahabat

BACA LAGI: Nilai suri rumah bukan pada 'payslip', JAKIM respons status graduan 'master' kecewa hanya duduk rumah jaga anak

Beliau secara terbuka menyatakan hasrat untuk membantu wanita berkenaan melakukan pembedahan bibir secara percuma.

Wanita dari Morotai, Maluku Utara itu kemudian menjalani pembedahan bibir, hidung dan dagu pada Disember 2024.

Selepas prosedur berkenaan, wajahnya kelihatan jauh berbeza dan lebih seimbang.

“Saya sangat gembira terutama ibu saya. Sampai saya keluar rumah tidak dibenarkan memakai pelitup muka kerana katanya saya sudah cantik.

"Tak sangka wajah saya akan jadi begini selepas pembedahan,” luah Rista.

Kini, transformasi itu bukan sahaja mengubah penampilan luaran, malah turut meningkatkan keyakinannya untuk tampil di khalayak.

Beliau juga makin kerap dijemput untuk mengadakan persembahan nyanyian di acara tertentu.

Kini, dengan wajah baharu dan keyakinan yang semakin memuncak, Rista terus menjadi inspirasi bahawa siapa pun mampu bersinar biarpun dilahirkan dengan kekurangan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram