Kongsi foto momen 'sweet' bersama, Bella Astillah ciap ucapan istimewa sempena hari lahir Syed Saddiq


  • Cinta
  • Isnin, 08 Dis 2025

Bella Astillah memuat naik momen foto bersama Syed Saddiq bersempena ulang tahun kelahiran rakan karibnya itu.

SELEBRITI popular Bella Astillah memuat naik koleksi foto kenangan bersama rakan karibnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersempena ulang tahun kelahiran Ahli Parlimen Muar itu baru-baru ini.

Tidak sekadar berkongsi momen manis sepanjang perkenalannya, malah hantaran itu turut menggambarkan hubungan rapat mereka yang sudah lama terjalin menerusi minat sama terutamanya aktiviti sukan.

Sering turut serta dalam pelbagai aktiviti larian hinggalah ke kayuhan basikal bersama, rata-rata peminat maklum bahawa hubungan mereka dibina atas dasar persahabatan, sokongan dan minat gaya hidup aktif yang konsisten.

BACA LAGI: Akrab berdua sejak kecil, kakak reda pemergian adik lepas bertarung nyawa hidap tumor otak

BACA LAGI: 'Selamat datang ke dunia', Chryseis Tan kini ibu anak tiga, selamat lahir cahaya mata lelaki

Ucapan hari lahir Bella Astillah

Menerusi hantarannya di Instagram, Bella menciap ucapan ucapan ringkas namun penuh penghargaan buat Syed Saddiq yang juga merupakan rakan sekerjanya itu.

"Happy Birthday YB @syedsaddiq, may your days ahead be kind to you, filled with warmth, support and good people around you.

"You deserve all the good that comes your way, inshaAllah, hope the gift brings you a lil' joy no background music needed," katanya.

Ucapan tersebut disertakan dengan beberapa foto kenangan mereka bersama, termasuk momen ketika melakukan aktiviti larian dan di pentas peragaan bersama.

Tidak ketinggalan, Syed Saddiq turut membalas hantaran berkenaan dengan komen bersahaja di ruangan komen.

"So formal nak ber 'YB', you’re the kindest and sweetest, thanks for always being there for me," ujarnya.

Komen itu sekali gus menguatkan lagi gambaran hubungan mereka yang akrab dan saling bekerjasama dalam hal kerjaya mahupun kehidupan peribadi.

 

 

Persahabatan positif

Hubungan Bella dan Syed Saddiq amat dikagumi sebagai contoh persahabatan matang yang saling menguatkan dan sentiasa hadir ketika diperlukan.

Minat sama dalam dunia kecergasan turut menjadikan mereka rakan sepasukan yang serasi, sama ada ketika berlatih untuk acara larian, marathon, triathlon mahupun kayuhan berkumpulan.

Hantaran hari lahir itu bukan sahaja mencuri perhatian peminat, malah menambah persepsi positif terhadap hubungan dua figura terkenal tersebut yang sentiasa menyokong perjalanan karier masing-masing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram