'Selamat datang ke dunia', Chryseis Tan kini ibu anak tiga, selamat lahir cahaya mata lelaki


  • Bonda
  • Selasa, 02 Dis 2025

Chryseis Tan dan suaminya selamat menimang cahaya mata ketiga pada Isnin.

USAHAWAN dan personaliti media sosial terkenal, Chryseis Tan mengumumkan kelahiran cahaya mata ketiganya pada Isnin, sekali gus melengkapkan keluarga kecilnya bersama suami, Faliq Nasimuddin.

Perkara itu dikongsikan sendiri Chryseis menerusi hantaran ringkas di Instagram yang memaparkan detik awal kelahiran bayi lelakinya.

"Arianna, Arman dan kini bayi ketiga kami yang berharga sudah tiba! Sentiasa bersyukur," ciapnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Rumah dinaiki banjir, 2 wanita selamatkan singa peliharaan nyaris hanyut dibawa arus

BACA LAGI: 'Nak tidur 'melepet' bawah ketiak papa', ada minta tip, 'jealous' Johan akrab dengan anak remaja

Kehadiran cahaya mata ketiganya secara tidak langsung menambahkan lagi legasi keluarga kecil tersebut yang cukup dikenali ramai sebagai antara empayar usahawan ternama di Malaysia.

 

 

Terdahulu, pengumuman kehamilan pasangan sama cantik sama padan itu dikongsikan menerusi sebuah majlis gender reveal diadakan sekitar September lalu.

Bertemakan little bunny dihiasi corak warna pastel, majlis tersbet turut dimeriahkan dengan kehadiran figura korporat tersohor, Tan Sri Vincent Tan yang hadir menyaksikan momen bermakna berkenaan.

Dalam pada itu, Chryseis yang juga anak kepada ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan, dan suaminya Faliq, anak kepada pengasas Kumpulan Naza Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin mula mendirikan rumah tangga pada 2018.

Setakat ini, pasangan berkenaan belum mendedahkan nama penuh bayi mereka, namun pengikut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa agar ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat.

Kelahiran itu turut mendapat perhatian rakan selebriti, usahawan serta masyarakat yang mengikuti perkembangan keluarga tersebut, menjadikan ia antara berita gembira hangat diperkatakan di ruang media sosial tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram