DETIK-DETIK terakhir Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sebelum berlepas ke Sabah ternyata menjadi momen perpisahan yang tidak disangka oleh keluarganya.
Meskipun ia merupakan saat terakhir melihat sosok ketua keluarga, kenangan itu kini menjadi antara momen paling bermakna buat mereka.
Menerusi video tular di media sosial, Allayarham sempat bermesra dengan anak-anaknya bersama isteri keduanya,Zizie Ezette di sebuah restoran.
BACA LAGI:[VIDEO] Sisi tak diketahui, Bung Moktar insan penuh kasih sayang di samping anak-anak, keluarga
BACA LAGI:'Ada doa tanpa kata-kata, hanya air mata,' Zizie Izette luah rasa hiba pemergian Bung Moktar
Video itu sekali gus memperlihatkan sisi Allayarham yang lembut dan penyayang terhadap kesemua anak-anak kecilnya.
Sebelum ini, beliau dilaporkan berada dalam keadaan baik ketika menjalankan tugas dan urusan harian, termasuk sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah.
Namun, tahap kesihatannya merosot secara mendadak dan dimasukkan ke hospital pada Khamis selepas mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Allahyarham dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan dengan pelakon itu pada 2009 selain turut mengambil dua anak angkat.
Pemergiannya pada masa sama memberi kesan terhadap seluruh masyarakat Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
