Kekal sopan walau kreatif, sosok ibu dan selebriti antara wanita berhijab jadi inspirasi ramai


  • Gaya
  • Sabtu, 06 Dis 2025

(Dari kiri) Sharifah Rose, Haliza Maysuri dan Nina Khalil antara barisan wanita berhijab berpengaruh menjadi ikon pilihan penggemar fesyen.

PEMAKAIAN hijab kini bukan lagi penghalang buat para wanita untuk tampil bergaya.

Kemunculan pempengaruh media sosial termasuk pencipta kandungan dan selebriti yang kreatif menggayakan hijab berjaya memikat hati ramai.

Dengan penampilan yang berani mengikut cita rasa fesyen tersendiri, kehadiran mereka dalam dunia fesyen turut mampu mengangkat standard gaya wanita berhijab di Malaysia.

BACA LAGI: Sopan tapi bergaya, ini jenama 'modest' lokal pilihan penggemar fesyen

BACA LAGI: 'Saya bukan buta, cuma tak boleh lihat', graduan OKU raih PhD, dirai bersama menteri di majlis graduasi

Dina (gambar kecil) memilih Nina Khalil sebagai wanita berhijab yang kreatif mengenakan fesyennya. — Instagram/Nina Khalil

Ia sekai gus memberi inspirasi kepada generasi muda untuk lebih yakin mengekspresikan diri tanpa mengetepikan nilai kesopanan.

Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas, Majoriti sempat berkongsi pandangan daripada beberapa penggemar fesyen pada acara Fashionably Modest Asia (FMA) 2025 tentang wanita berhijab di Malaysia yang menjadi ikon pilihan mereka.

Bagi anak Dina Azhar, 24, penampilan pempengaruh dikenali sebagai Nina Khalil wajar menjadi contoh kepada wanita untuk menggayakan hijab.

Penampilan Sharifah Rose yang anggun memikat hati Dina (gambar kecil). — Instagram/Sharifah Rose

"Saya suka cara dia mix and match tudung dengan baju. 

"Dia ada ada aura tersendiri dan sangat kreatif pilih fesyen.

"Jadi, setiap kali bersiap untuk keluar atau ke mana-mana saya akan tengok videonya di TikTok," katanya kepada Majoriti.

Memilih gaya lebih sopan dan anggun, Rahazia Roslan, 33, berpandangan bahawa pelakon jelita, Sharifah Rose sangat dekat dengan konsep wanita 'modest'.

Fesyen unik Qhouirunnisa (kiri) menampilkan gaya wanita berhijab lebih berani. — Instagram/Qhouirunnisa, Shabina

Menurutnya, Sharifah juga dilihat sebagai wakil wanita berhijab yang relevan dengan fesyen kini.

"Selain sopan, dia juga sangat bergaya dan sentiasa menjaga keterampilan," jelasnya.

Begitu juga dengan pempengaruh, Shabina Ramlan yang memilih gaya sopan tetapi masih mengekalkan penampilan moden.

"Saya rasa Qhouirunnisa di TikTok antara wanita berhijab paling bergaya.

"Sebab dia pakai apa pun tetap nampak cantik," ujarnya.

Thira (kiri) menjadikan ibunya sebagai ikon wanita berhijab paling bergaya di Malaysia. — Instagram/Thira

Menjadikan sosok ibu sebagai ikon fesyen, anak kepada pengasas jenama tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri turut menyerlah dengan gaya hijab tersendiri.

Menurut wanita dikenali sebagai Thira, penampilan ibunya secara tidak langsung membawa karakter wanita bekerjaya yang sentiasa anggun dan sopan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram