Sopan tapi bergaya, ini jenama 'modest' lokal pilihan penggemar fesyen


  • Gaya
  • Selasa, 02 Dis 2025

Edhulm (kiri) dan Naelofar antara jenama lokal menampilkan fesyen 'modest' bergaya, sesuai untuk wanita moden yang ingin kekal sopan. — Instagram/@edhulm, @naelofar

TREND fesyen modest atau pakaian sopan kini semakin mendapat perhatian, terutamanya dalam kalangan wanita muda yang ingin tampil bergaya tanpa mengabaikan prinsip berpakaian.

Bagi mereka, pilihan jenama lokal yang menggabungkan elemen muslimah dan moden menjadi tarikan utama.

Kini, banyak pilihan jenama ditawarkan.

BACA LAGI: 'Saya bukan buta, cuma tak boleh lihat', graduan OKU raih PhD, dirai bersama menteri di majlis graduasi

BACA LAGI: Banjir di Aceh: Bapa jalan kaki 4 hari 4 malam, akhirnya berjaya temui keluarga

Putry (kiri) dan Afiqah Hassanal mempunyai pilihan fesyen modest kegemaran mereka. — Instagram personaliti

Untuk mengetahui jenama kegemaran dalam kalangan penggemar fesyen, Majoriti menemu bual secara ringkas beberapa wanita.

Bagi, Najwa Nur Izzati, 29, beliau berkongsi minatnya terhadap jenama seperti Naelofar dan Fuzana Mokhtaza.

"Apa-apa yang baju kurung, saya suka. Macam nak raya nanti, saya akan suka banyak brand lokal juga.

"Saya suka sebab mereka ikut trend. Contohnya macam Lace, lepas itu mereka boleh buat sesuatu yang labuh. Muslimah tapi tetap bergaya,” katanya kepada Majoriti pada acara Fashionably Modest Asia (FMA) yang berlangsung di Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur pada 19 November lalu.

Begitu juga dengan Nur Afni, 23, yang menggemari jenama Naelofar kerana fleksibilitinya untuk semua, sama ada yang berhijab atau tidak.

"Jenama fesyen modest yang saya suka adalah Naelofar. Awak boleh jadi muslimah dan orang yang tidak bertudung pun boleh pakai," katanya.

Sementara itu, Putry Shazlin, 35, menekankan minatnya dengan jenama Arared.

"Apa yang saya suka tentang Arared ialah fesyen mereka agak muslimah tapi agak moden juga. Materialnya sedap.

"Jadi, saya memang rasa saya obses dengan jenama ini," katanya yang turut menggayakan busana dari Arared pada acara tersebut.

Soraya Batrisyia pula lebih meminati rekaan Fuzana Mokhtaza.

Menurutnya, silhuet yang bersih dan material yang flowy menjadikan pakaian itu tampak sederhana tetapi tetap elegan.

Afiqah Hassanal Ihzal pula memuji Edhulm kerana rekaan sedia pakai yang mengekalkan kesederhanaan.

"Sangat muslimah tapi sangat bergaya. Kalau awak tak tahu bagaimana menggayakan diri, pergi beli Edhulm dan awak akan kelihatan bergaya.

"Saya suka bagaimana mereka membuat fesyen sederhana kelihatan menyeronokkan. Awak masih boleh tutup aurat tapi kelihatan bergaya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram