'Nak tidur 'melepet' bawah ketiak papa', ada minta tip, 'jealous' Johan akrab dengan anak remaja


  • Bonda
  • Sabtu, 29 Nov 2025

Keakraban Johan dan anaknya sentiasa dicemburui ramai ekoran didikannya yang cukup disiplin serta tegas sejak dari kecil.

PASANGAN selebriti Johan dan Ozlynn sering menjadi tumpuan peminat ekoran didikan dan cara mengurus rumah tangganya yang cukup disiplin.

Terbaharu, sebuah perkongsian di Instagram mencuri perhatian apabila momen manja anak sulungnya, Ahmad Ariq Hanania dengan bapanya hangat diperkatakan.

Biarpun sudah melangkah ke alam remaja, anaknya masih kelihatan akrab dan gemar berkongsi luahan hati bersama Johan yang disifatkan sebagai sosok paling penting dalam hidupnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Rumah dinaiki banjir, 2 wanita selamatkan singa peliharaan nyaris hanyut dibawa arus

BACA LAGI: Murah tapi berisiko, fabrik poliester jejas kulit kanak-kanak, kurang pengaliran udara, perangkap haba

Menerusi perkongsian di Instagram, Ozlynn momen itu merupakan rutin yang sudah lama diamalkan dalam keluarganya, malah sentiasa dinanti-nantikan keenam-enam anak mereka.

"Balik dari Kedah benda pertama solat jemaah sesama then sesi luahan tapi  dalam banyak anak dia ni paling mengada skali.

"Nak tido bawah ketiak papa, nak melepet dengan papa nasib tak dengan mama, mama rimas sebab mama dah penat layan kerenah memasing dalam umah.

"So papa dia je leh layan dorang macam ni, dorang kalau datang dekat je mama awai lagi sound haaaaaaa jangan nak jadi kucing, pi kat pak hang," katanya.

Mengundang gelak dan tawa melihatkan gelagat itu, warganet dalam masa sama turut terharu dengan hubungan kekeluargaan dipamerkan dalam keluarga selebriti tersebut.

Bukan kali pertama, rata-rata peminatnya sudah mengetahui bahawa Johan dan Ozlynn sememangnya tegas dalam mendidik anak-anak terutama soal agama, adab dan disiplin.

Antara amalan sering dikongsikan pasangn Johan, Ozlyn:

1. Solat berjemaah setiap hari

Pasangan itu sering berkongsi rutin solat berjemaah di rumah dan ia menjadi kewajipan buat semua anak-anaknya.

Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai artis dan penyampai radio, Johan tetap memastikan waktu solat tidak diabaikan dan cukup tegas bab menunaikan kewajipan tersebut.

2. Latihan solat sejak kecil

Pasangan ini diketahui melatih anak-anak seawal usia prasekolah untuk solat lengkap dengan bacaan serta surah yang betul.

Malah, mereka juga menetapkan jadual untuk mengajar anak mengenal surah-surah pendek dan zikir harian di kediamannya.

3. Mengaji

Ozlynn sebelum ini pernah mendedahkan bahawa mereka mewajibkan sesi mengaji di rumah sama ada bersama keluarga atau ustaz dan ustazah yang datang ke rumah.

Kesemua anaknya dilatih membaca al-Quran secara konsisten dan ia menjadi rutin yang dipegang hingga ke hari ini.

Dibanjiri komen-komen positif daripada peminat, rata-ratanya amat mengagumi kaedah didikan diterapkan dalam keluarga bahagianya.

"Bagus Johan man to man talk, dulu arwah ayah aku ada, aku man to man talk juga tapi tak melepet la, call luah dan mintak pandangan dari sudut orang dewasa, Al fatihah untuk arwah ayah, anak bujang dia ni rindukan nasihat dia," kata adhxmn_.

"Ni sebab mak ayahnya dah didik sejak akar mengutamakan agama sejak kecil tarbiyah anak dekat daripada ibubapa sendiri, sebab tu bondingnya sehingga besar sebab mereka memuliakan agama ALLAH di rumahnya," ujar shazana.sulaiman.

"Berikan sedikit ruang untuk anak laki-laki mu memeluk mu, tempat pulang paling nyaman buat seorang laki-laki adalah mak ayah yang menjadi rumah paling selamat dan nyaman," tambah itsmesepet.

Keakraban keluarga Johan dan Ozlynn bukan sahaja menghiburkan peminat, tetapi turut membuka mata ramai tentang pentingnya membina rumah tangga berasaskan disiplin, komunikasi serta kasih sayang.

Walaupun sibuk dengan kerjaya seni, pasangan itu berjaya menunjukkan bahawa rutin keagamaan dan masa berkualiti perlu sentiasa dijadikan keutamaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram