'Mami, baba' DIY kostum, cat muka warna hitam tema 'sheep', anak tak segan, malah teruja sambut Hari Kanak-Kanak!


  • Bonda
  • Sabtu, 29 Nov 2025

Seorang ibu gigih menyiapkan kostum haiwan biri-biri anaknya sempena sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolahnya.

SAMBUTAN Hari Kanak-Kanak di sekolah menjadi detik paling dinanti anak-anak, sekali gus buka ruang dan peluang para ibu bapa menunjukkan kasih sayang buat si kecil.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang ibu berkongsi pengalaman menyiapkan kostum bertema sheep untuk anak sehingga mencuri perhatian ramai.

Menurut @kuinaen, keutamaan beliau dan suami adalah sentiasa ingin memastikan anaknya membesar dengan cara paling dihargai dan disayangi.

BACA LAGI: 'Nak tidur 'melepet' bawah ketiak papa', ada minta tip, 'jealous' Johan akrab dengan anak remaja

BACA LAGI: [VIDEO] Rumah dinaiki banjir, 2 wanita selamatkan singa peliharaan nyaris hanyut dibawa arus

Menerima banyak komen pertanyaan tentang perasaan anak usai disolek ala haiwan tersebut, beliau menjelaskan bahawa permata hatinya langsung tidak malu, malah teruja ke sekolah.

"Abang yakin dengan diri sendiri dan bila dia yakin macam tu, hati Mami pun rasa tenang," ujarnya.

Beliau turut menambah bahawa keyakinan anak adalah hasil daripada sokongan berterusan keluarga yang sentiasa memberi ruang berkreativiti dan menjadi diri sendiri.

Kostum DIY

Dalam pada itu, ramai turut bertanya jenis cat digunakan dan ibu itu menjelaskan bahawa mereka memilih face painting selamat untuk kulit sensitif bagi memastikan anak selesa sepanjang hari.

Bertambah menarik, telinga kostum sheep diperbuat daripada cantuman beberapa helaian stokin warna putih.

"Ya, semuanya DIY, tak sempurna tapi dibuat dengan penuh sayang,” katanya sambil berkongsi bahawa proses tersebut menjadi aktiviti keluarga yang menyeronokkan.

Walaupun kebanyakan idea datang daripada ibu, anaknya tetap diberikan kebebasan memilih elemen disukainya.

"Selalunya idea Mami, tapi pilihan tetap abang, hasilnya kerja tangan Baba, kecil-kecil pun, keluarga ni tetap satu pasukan.

"Dan bila tengok dalam video jelas sangat, anak kambing Mami memang bahagia, itu pun dah cukup untuk Mami," tambahnya.

Perkongsian itu mendapat pujian ramai yang tersentuh dengan usaha pasangan tersebut dalam mencipta memori indah si kecil pada sambutan Hari Kanak-Kanak baru-baru ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram