Dek tegur aurat kakak ipar wanita ditampar tunang, terkilan tiada batas pergaulan keluarga bakal mentua


  • Cinta
  • Selasa, 25 Nov 2025

Pertemuan yang sepatutnya membina masa depan berubah jadi krisis cinta apabila teguran bertukar tamparan. — Gambar hiasan

HUBUNGAN yang sepatutnya menuju ke gerbang perkahwinan bertukar tegang apabila seorang wanita, Ayrnaa berkongsi detik dilempang tunang sendiri selepas menegur tingkah laku kakak iparnya yang didakwa tidak menjaga aurat di hadapan ipar lelaki.

Kisah itu mencetuskan perdebatan hangat tentang adab ipar duai dan keserasian nilai dalam sesebuah hubungan.

Dalam perkongsian di laman Threads, Ayrnaa berkata, setiap kali berkunjung ke rumah bakal mentua, kakak ipar kepada tunangnya tampil dalam keadaan tidak sopan seperti berkemban, memakai baju tidur tanpa pakaian dalam dan tidak memakai tudung di hadapan ahli keluarga lelaki.

BACA LAGI: 'Jangan biasakan anak guna barang bukan milik kita', peringatan Farah Lee buat ibu bapa

BACA LAGI: [VIDEO] Farah Lee 'update' projek perkampungan baharu di Afghanistan, 10 rumah siap, 10 lagi dalam proses akhir

Situasi itu membuatkan Ayrnaa berasa tidak selesa, apatah lagi beliau bakal menjadi ahli keluarga dalam masa beberapa bulan.

Namun, apabila isu itu dibawa kepada tunangnya, jawapan yang diterima membuatnya terkilan.

Tunangnya menegaskan itu mungkin cara kakak iparnya dan tidak perlu diperbesarkan.

“Saya pun soal dia jika selepas berkahwin nanti saya berpakaian begitu di hadapan ipar lelaki, adakah dia membenarkan? Pertanyaan itu mengundang reaksi mengejutkan iaitu pipinya ditampar.

“Dia kata nak sedarkan aku. Tapi aku memang sedar apa yang aku cakap. Aku cuma suarakan benda yang patut dijaga,” katanya.

Seorang wanita terkilan ditampar tunang selepas menegur tingkah laku kakak iparnya yang didakwa tidak menjaga aurat di hadapan ipar lelaki. — Gambar hiasan/AI

Dalam hantarannya, Ayrnaa turut memetik pandangan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai kedudukan ipar duai sebagai haram muaqqat yang menjadikan batas aurat, sentuhan dan pergaulan wajib dijaga.

Beliau menyertakan hadis al-hamwu al-maut berkait ipar itu maut sebagai amaran terhadap potensi fitnah yang lebih besar daripada biasa.

Baginya, isu tersebut bukan tentang cemburu atau ingin menunjuk alim, tetapi soal hormat dengan prinsip fardu ain.

“Kau nak berpakaian apa pun depan suami kau tak apa tetapi bukan di depan ipar lelaki. Itu asas,” katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi. Ramai meluahkan rasa simpati, malah ada yang menasihatkan Ayrnaa mempertimbangkan semula masa depan hubungan tersebut.

Ada warga maya yang menyifatkan tindakan tunang itu sebagai petanda awal ketidakmatangan dan ketiadaan batas.

“Tak payah masuk keluarga macam tu. Serabut. Bakal suami pun tak tahu boundaries. Patut dia yang malu. Bukan pergi lempang hang,” kata Annarhina.

Tidak kurang juga yang menegaskan bahawa perkahwinan tidak akan tenang tanpa keserasian nilai agama antara dua keluarga.

“ALLAH bagi petunjuk dengan banyak cara. Kita kahwin bukan dengan pasangan saja tetapi dengan keluarganya juga. Kalau bab aurat dan ikhtilat pun tak faham, itu namanya tak sekufu… Banyakkan istikharah,” kata Linkin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram