Isteri berpantang cari jalan selamatkan suami terkandas di Hatyai, kantoi bukan kerja, rupanya cuti dengan 'skandal'


  • Cinta
  • Isnin, 24 Nov 2025

Isteri berpantang anak keempat menunggu suami yang dikatakan terperangkap di Hatyai. — Gambar Hiasan

KETIKA seorang isteri menahan perit berpantang selepas melahirkan anak keempat, suaminya pula didakwa berada di Hatyai bersama rakan sekerja wanita dan dipercayai tinggal sebilik selama beberapa hari.

Pendedahan itu mula mendapat perhatian ramai selepas seorang pengguna media sosial, Sarah menceritakan bahawa beliau dihubungi seorang isteri yang meminta bantuan menjejaki suaminya di Thailand. 

Menurutnya, lelaki itu terperangkap dan tidak dapat dihubungi sehingga membuatkan isterinya bimbang. 

"Ada seorang isteri minta bantuan kerana suami terperangkap dengan rakan sekerja. Kalau boleh rescue suami dia terlebih dahulu kerana anak-anaknya masih kecil dan tercari bapa mereka," katanya. 

BACA LAGI: 'Alhamdullilah', Alyssa, Al bakal timang anak sulung, Maia Estianty ingin cucu panggil 'Oma Bunda'

BACA LAGI: Min Luna buka tirai Fashionably Modest Asia 2025, menata rias gabungan 20 'look' dari pelbagai pereka

Melalui bantuan sepupu dan makcik yang tinggal di Hatyai, Sarah mendakwa penemuan sebenar jauh berbeza daripada alasan diberikan. 

Lelaki itu didapati berada di dalam bilik dengan rakan sekerja wanita dan dipercayai sudah empat hari tinggal bersama.

Sarah turut memberi teguran keras buat golongan lelaki. 

“Kawan saya masih tak tahu hal sebenar. Kesiankanlah anak dan isteri di rumah. Kalau tidak malu pada manusia, malu lah pada ALLAH," katanya kepada Majoriti. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang bersimpati terhadap isteri lelaki berkenaan. 

“Ini bukan soal rahsia rumah tangga. Bila dah sampai tahap begitu, risiko penyakit kelamin boleh terkena isteri. Sekarang bukan zaman selamat... HIV, STD semua ada," kata Jane doe195. 

“Isteri tengah menahan sakit, tak cukup rehat, perlukan sokongan. Tetapi suami pula ke luar negara untuk ‘berehat’. ALLAH, kuatkanlah semangat wanita itu," kata Farraheeda

“Ada hikmah ALLAH tunjuk. Kadang-kadang musibah membuka apa yang selama ini tersimpan," kata Nurhdbdd.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram