SEORANG wanita dan rakannya yang merupakan rakyat Malaysia terpaksa meredah banjir sejauh kira-kira enam kilometer (km) untuk mendapatkan bekalan makanan selepas kawasan mereka dinaiki air di Hat Yai, Thailand.
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik @Watie_yaacob di laman TikTok pada Ahad, Watie berkata, mereka telah menghubungi polis Thailand dan kedutaan Malaysia, namun tiada bantuan diterima.
“Kami terpaksa berjalan di dalam banjir sejauh 6km pergi dan balik untuk membeli makanan,” tulisnya.
BACA LAGI: 'Alhamdullilah', Alyssa, Al bakal timang anak sulung, Maia Estianty ingin cucu panggil 'Oma Bunda'
Rakaman itu turut menunjukkan paras air di hadapan hotel didiami mereka semakin meningkat sejak Sabtu sehingga mencecah paras pinggang.
Untuk rekod, kerajaan Malaysia sedang memobilisasi usaha untuk membawa pulang kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang terjejas di Hat Yai dan beberapa daerah lain di Wilayah Songkhla.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata maklumat terkini sedang diperoleh daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla bagi mengenal pasti rakyat Malaysia yang masih terperangkap, termasuk guru dan pelajar.
Sementara itu, Pejabat Sumber Air Negara Thailand (ONWR) meramalkan hujan lebat berterusan akibat Monsun Timur Laut sehingga Ahad. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
