MENJAGA ahli keluarga yang sakit merupakan tanggungjawab melibatkan kesabaran dan sifat empati.
Begitu juga situasi dihadapi oleh seorang wanita di Sarawak ketika menjaga dan merawat bapanya di hospital baru-baru ini.
Berdasarkan hantaran dikongsikan di akaun Threadsnya @ix.vi.mmxvii, kesabarannya diuji apabila bapanya enggan mandi kerana bimbang luka pada kaki terkena air.
BACA LAGI: Elak guna pelembut dan peluntur, wanita kongsi tip cuci lantai sampai berkilat guna 3 bahan
Menurutnya, luka tersebut dibalut selepas pembedahan dilakukan akibat jangkitan gangrene.
Gangrene merupakan keadaan melibatkan tisu badan mati akibat kekurangan bekalan darah atau jangkitan bakteria.
Ia sering menyerang kaki dan jari terutama bagi pesakit diabetes atau mereka yang mempunyai masalah peredaran darah.
Rawatan biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang tisu mati, penggunaan antibiotik dan penjagaan luka yang rapi bagi mengelakkan jangkitan berulang.
"Sebagai anak sulung yang memang sedikit tegas, saya beritahu perlu mandi sebab dah lima hari tak mahu sebab takut luka basah.
"Jadi, saya pujuk macam budak kecil dan ajak adik ke farmasi untuk cari stokin kalis air atau pembalut luka.
"Selesai mandi dia beritahu nak mandi selepas ini sebab luka tak basah selepas pakai stokin kalis air ini," jelasnya.

Stokin kali air yang dibeli daripada farmasi. — Threads
Hantaran sama turut disertakan gambar stokin seakan-akan plastik khas untuk tujuan kesihatan yang dibelinya di farmasi berhampiran.
Wanita tersebut bagaimanapun menganggap pengalaman menjaga ayahnya sebagai satu hikmah dan peluang untuk membalas jasa kedua orang tuanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
