Ada kesan lebam di mata, belakang badan, pempengaruh 'human Barbie' terkenal dengan 27 pembedahan plastik maut


  • Maya
  • Khamis, 06 Nov 2025

Barbara terkenal dengan penampilan menyerupai boneka Barbie disahkan maut pada Ahad lalu. — Agensi

SEORANG pempengaruh media sosial dari Brazil, Barbara Jankavski dilaporkan meninggal dunia secara mengejut pada Ahad lalu.

Berdasarkan laporan agensi, Barbara atau lebih dikenali sebagai human Barbie ditemui tidak bernyawa di sebuah pangsapuri selepas didakwa mengambil bahan terlarang bersama seorang peguam tempatan.

Peguam terbabit, Renato Campos Pinto de Vitto, 51, turut memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa sudah melanggan Barbara bagi tujuan perkhidmatan seksual pada hari kejadian.

BACA LAGI: Kandungan isteri Shah Iskandar digugurkan sebab Sindrom Edwards, harus hukumnya jika bahayakan nyawa ibu

BACA LAGI: Bermula hanya guna mesin jahit nenek, pemuda bangunkan bisnes pakaian senaman bernilai lebih RM5 bilion

Barbara yang sering berkongsi kehidupan dan penampilan uniknya di media sosial. — Agensi

Renato bagaimanapun mendakwa hanya menyedari Barbara tidak bergerak selepas wanita tersebut 'tertidur'.

Berdasarkan laporan agensi, Barbara juga ditemui dalam keadaan hanya memakai pakaian dalam dengan kesan kecederaan pada mata kiri serta beberapa lebam pada belakang badannya.

Siasatan awal mendapati kematiannya diklasifikasikan sebagai mencurigakan.

Pihak polis kemudian mengarahkan proses bedah siasat dan laporan toksikologi dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Namun, seorang rakan Renato mendakwa, kecederaan pada mata dan belakang badan itu berkemungkinan disebabkan Barbara terjatuh yang berlaku sebelum hari kejadian.

Sementara itu, Barbara yang juga terkenal dengan penampilannya menyerupai boneka Barbie hasil daripada 27 pembedahan plastik itu maut pada usianya 31 tahun.

Dia mempunyai lebih daripada 400,000 pengikut di platform media sosial seperti Instagram dan TikTok.

Catatan terakhirnya di media sosial adalah pada Sabtu lalu selepas aktif memuat naik kandungan sepanjang musim panas lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram