Elak guna pelembut dan peluntur, wanita kongsi tip cuci lantai sampai berkilat guna 3 bahan


  • Hias
  • Jumaat, 07 Nov 2025

Membersihkan lantai menggunakan tip dikongsikan seorang wanita bagi mengelakkan kesan apabila ia kering. — Gambar hiasan

MENYAPU dan mengemop lantai semestinya antara rutin harian biasa diamalkan bagi memastikan kebersihan rumah terjaga.

Namun, tahap kebersihannya juga bergantung pada cara dan bahan yang digunakan oleh penghuni.

Berdasarkan perkongsian menarik oleh seorang wanita menerusi akaun Threads @harima.a_ baru-baru ini, penggunaan produk seperti pelembut pakaian atau peluntur ternyata tidak sesuai terutama ketika mengemop lantai.

BACA LAGI: Hilang nyawa akibat makan suplemen RM20 di TikTok, doktor saran jangan beli tanpa rujuk pakar

BACA LAGI: Kandungan isteri Shah Iskandar digugurkan sebab Sindrom Edwards, harus hukumnya jika bahayakan nyawa ibu

Peluntur dan pelembut boleh meninggalkan kesan pada lantai selepas ia kering. — Gambar hiasan

Menurutnya, cara tersebut juga boleh menyebabkan warna lantai tidak sekata selepas ia kering.

"Pertama sekali perlu cuci bersih-bersih mop dengan sabun cuci pinggan dicampur air panas.

"Selepas ia bersih, baru boleh mop pada lantai. Guna cara sama juga, letakkan sabun cuci pinggan dicampur air panas dan terus keringkan lantai dengan kain.

"Lantai dah kering baru mop dengan produk pembersih lantai biasa. Kemudian, keringkan sekali lagi dengan cepat, nanti pasti berkilat macam rumah saya," kongsinya.

Tambahnya, jika lantai masih terasa melekit selepas dibersihkan, mereka hanya perlu mop menggunakan air kosong dan lap sehingga kering bagi membuang sisa sabun yang tertinggal.

Lantai rumah wanita berkenaan yang berkilat dan bersih dengan menggunakan kaedah dikongsinya. — Threads/harima.a

Dia turut menasihatkan agar kaedah tersebut tidak dilakukan setiap hari kerana ia hanya sesuai untuk lantai yang benar-benar kotor, melekit atau berbelang.

Wanita berkenaan turut menekankan kepentingan menggunakan mop berasingan untuk membersihkan lantai di dapur.

"Jangan sesekali guna pelembut. Peluntur pula hanya guna jika ada isi rumah yang dijangkiti penyakit, jangkitan kuman atau penghuni bela kucing dijangkiti parvo.

"Mop pula lebih baik guna jenis mikrofiber dan bila dah bersih boleh juga guna mop vakum," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram