KEINDAHAN sesebuah ruang kediaman sering kali diukur melalui reka bentuk dan saiz binaan.
Namun, rumah dimiliki wanita ini membuktikan bahawa kecantikan tidak semestinya datang daripada perabot mahal atau gaya moden, sebaliknya tercipta daripada suasana dan keberkatan di sekelilingnya.
Ruangan dapur kecilnya cukup dicemburui ramai para wanita seantero dunia apabila memiliki pemandangan menakjubkan berhadapan Dome of Rock terletak di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa.
BACA LAGI: SPM 2025 bermula, Asyraf Wajdi titip doa, ibu bapa perlu yakin kebolehan anak
Sebuah video yang dikongsi di media sosial baru-baru ini menunjukkan ruang dapur berusia ratusan tahun tersebut
Walaupun bersaiz kecil dan sederhana, landskap dari ruangan dalam dapur itu nyata amat istimewa dan sangat jarang dimiliki mana-mana kediaman moden hari ini.
Menurut pemiliknya, Umi Muhammad kediaman berusia lebih 150 tahun itu disifatkan antara rahmat serta kurniaan rezeki-NYA buat beliau dan seisi keluarga.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran media agensi di Instagram yang menjadi bualan hangat warga maya baru-baru ini.
"Dapur terindah di dunia, cuci piring terus lihat pemandangan persekitaran kawasan Masjid Al-Aqsa.
"Jadi beliau di sini bersama keluarganya sudah tinggal 150 tahun ya di rumah ini dengan view al-Aqsa.
"Setiap aroma masakan yang terhidu hadir dengan keharuman tanah penuh berkah, langkah di lantainya mengingatkan bahawa keberkatan boleh hadir dalam keseharian yang paling sederhana," ujarnya.
Menerusi video tersebut, kelihatan suasana tenang menyelubungi ruang dapur yang sempit tetapi cukup bersih itu.
Sebaik jendela kayu berwarna coklat di hujung dapur dibuka, jelas kelihatan pemandangan Dome of Rock (kubah batu) rona kuning keemasan yang ikonik di dalam kompleks Masjid Al-Aqsa. Ia dibina oleh Khalifah Abdul Malik Marwan pada 691 Masihi sebagai monumen peringatan peristiwa Israk Mikraj.
Pemandangan itu bukan sekadar memukau mata, tetapi turut membawa ketenangan dan rasa syukur kepada sesiapa sahaja yang memandangnya.
Walaupun strukturnya kelihatan usang, aura yang menyelubunginya menjadikan setiap sudut rumah itu terasa istimewa sekali gus menjadi saksi perjuangan dan ketabahan penduduk di Gaza. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
