'Gara-gara cucu semua turun main pickleball', bukan saja masak, Toh Puan Raja Noora Ashikin gemar riadah bersama keluarga


  • Bonda
  • Isnin, 03 Nov 2025

Toh Puan Raja Noora Ashikin meluangkan masa bermain pickleball bersama seisi keluarganya baru-baru ini.

ISTERI kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen santai bersama anak, cucu dan menantunya menerusi aktiviti riadah keluarga di laman sosial baru-baru ini.

Dalam perkongsian dimuat naik di Facebook itu, masa terluang tersebut disifatkan sebagai antara detik paling membahagiakan dalam kehidupannya.

BACA LAGI: SPM 2025 bermula, Asyraf Wajdi titip doa, ibu bapa perlu yakin kebolehan anak

BACA LAGI: 'Sebiji macam jaga bayi', anak mandikan ibu strok bagai jenazah, rela jaga selagi ada kudrat

"Kerana cucu Aldrey dan Tuah, we all play pickleball, santai dan seronok pulak.

"Semua rasa gembira paling seronok sekali Aldrey, an afternoon well spent,” ciapnya.

Momen sederhana tetapi penuh kasih sayang itu menjadi bualan hangat warga maya yang memuji keakraban dan kematangan hubungan keluarga besar beliau, termasuk anak menantunya yang kelihatan cukup mesra dan saling menyokong satu sama lain.

Utamakan keluarga

Toh Puan Raja Noora Ashikin yang kini menetap di Pulau Pinang selepas pelantikan suaminya, Tun Ramli Ngah Talib sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada Mei 2025, dikenali sebagai figura wanita yang aktif dan berjiwa keluarga.

Pasangan itu berkahwin pada 1973 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Datuk Rizal Ashram Ramli, Ramelle Ashram Ramli, Putri Yasmin Ashram Ramli dan Putri Azalia Ashram Ramli.

Mereka juga mempunyai tujuh cucu yang sering menjadi penyeri hidup pasangan berkenaan.

Selain gemar memasak dan berkongsi juadah air tangan sendiri, Toh Puan turut aktif dalam aktiviti kebajikan, khususnya melibatkan isu kesihatan.

Terbaharu, beliau telah menyempurnakan program kesedaran kesihatan jantung Go Red for Women’di Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis, Pulau Pinang bagi meningkatkan kesedaran penjagaan jantung, khususnya dalam kalangan wanita.

Program anjuran Yayasan Jantung Malaysia serta Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang itu merupakan sebahagian daripada inisiatif global untuk mengurangkan risiko penyakit jantung yang merupakan punca utama kematian wanita di seluruh dunia.

Keperibadian Toh Puan yang rendah diri, mesra dan penyayang menjadikan beliau antara figura isteri pemimpin negeri yang disegani, bukan sekadar kerana statusnya, tetapi kerana komitmen tinggi terhadap keluarga dan masyarakat.

Biarpun berstatus isteri kepada pemimpin negeri, gaya hidupnya kekal sederhana dan hubungan kekeluargaannya sentiasa menjadi inspirasi ramai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram